Selasa, 7 Disember 2010

Menanti Sinar Muharam…


Salam Maal Hijrah…

Seminggu hujan tak berhenti-henti membasahi bumi Darul imanku..badan pun dah sejuk panas rasa macam nak demam, sekali-sekala disapa angin bertiup shahdu lega rasanya..sudah lama tak merasa begini teringat musim sejuk di Syria..walau berbeza iklim namun suasana nyaman tetap ku rasai meskipun nun jauh aku amat merindui bumi barakah itu..Damsyiq di hati…musim hujan di mesia musim sejuk di syria catatan status seorang sahabat di yahoomesenggernyer..kangen banget deh!

Alhamdulillah cukup setahun dua minggu aku berada di tanah air..dalam tempoh yang singkat ini macam-macam dah aku lalui..namun masih banyak yang perlu ditimba lebih-lebih lagi pengalaman…Alhamdulillah juga target perancangan hidup tetap berjalan lancar walaupun hambatan halangan sentiasa ada. Kini di ambang awal Muharam menjadi detik baru untuk ku atur langkah beriltizam dan berazam untuk memperbaiki ketaksiran yang lalu, memuhasabah kembali episod kehidupan lepas dalam jarak setahun yang telah pergi pastinya memberi seribu pengajaran dan keinsafan terutamanya terhadap amanah sebagai hambaNya. Sesungguhnya mengingati masa silam akan membuatkan kita merasa kecewa dan sering bersedih dek kerana usia yang seiring pergi itu tidak mampu diputar kembali. Pengalaman baik dalam kesenangan dan kesusahan,manis atau pahit semuanya akan menjadi guru yang paling berharga buat diriku.

Menyingkap kembali lembaran lalu bukan bermakna kita harus menangisi dengan pemergian masa lalu ataupun meratapi diri sendiri kerana gagal menjadi insan yang sempurna, sebaliknya itulah hakikat yang mesti diterima dan mengakui kelemahan demi untuk satu perubahan dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik. Janganlah bermimpi untuk menjadi yang sempurna kerna tiada yang sempurna melainkan Pemilik Alam ini Allah Azza Wajalla.

Justeru, apa azam baru kita untuk hijrah 1432 ini? adakah kita akan berganjak selangkah atau lima langkah dari sebelum ini…?maka aku ingin berpesan pada kalian bahawa dalam kita menanam azam baru ini semailah dengan kesederhanaan kerana apa guna jika kita menyusun azam yang hebat-hebat kemudian satu pun tidak kita buat. Kita bersungguh-sungguh pada awalnya kemudian futur di tengah jalan..jadi marilah kita mencontohi Nabi Muhammad SAW yang mengajar umatnya agar sentiasa bersederhana dalam beramal dan berazam. Lakukan mengikut kemampuan dan yang paling penting dibuat secara berterusan insyaAllah perkara tersebut akan kekal sentiasa. Setelah kita berazam kita laksanakan kemudian kita muhasabah kembali untuk meningkatkan lagi usaha kita sehingga mencapai ke tahap yang lebih baik. Menuju marhalah yang paling tinggi memerlukan mujahadah yang tinggi..jadi jangan berputus asa dengan rahmat Allah..selagimana kita berusaha mencari redha Allah, megharapkan hidayah yang berterusan serta mendambakan nusrahNya dalam perjuangan kita insyaAllah berkat kesabaran dan kesederhanaan ini akan memandu kita menuju matlamat yang jelas.

Doaku mudah-mudahan maal hijrah yang ditempuh ini menyuntik semangat baru di samping menggali hikmah penghijrahan nabi yang penuh iktibar dan menjadikanya inspirasi dalam perjalanan dakwah untuk menyebarluaskan Islam sehingga agama ini tertegak kembali. Transit di kota lama kini Hijrahku ke pengkalan sementara mengumpul bekal ukhrawi menuju denai bahagia bernama syurga…Ya ilahi ANTA maqsudi wa RedhaKA mathlubi..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Gema Perjuangan..


Ayuh jiwa muda kita semarakkan ijtimak kepimpinan bersama menongkah menuju matlamat yang satu "Mendaulatkan Islam di persada dunia".

Ahad, 26 September 2010

Musim menyulam cinta…

Salam lebaran syawal buat sahabat sahabiah seperjuangan sekalian mudah-mudahan hari ini dan tika ini kita masih diselimuti iman yang teguh untuk terus berjuang sebagai khalifah di bumi Allah ini. Alhamdulillah lafaz syukur ku lafazkan padaNya pemilik hati sehingga kini masih terpelihara dalam inayah, rahmat dan ketenangan…tiada yang selayaknya dapatku luahkan melainkan rase penuh kesyukuran dan sujud kehambaan atas segala kurniaanNYA memberi nafas baru untuk terus menulis dan berkongsi rasa meskipun di arena yang sangat terbatas ini. Alhamdulillah Ya rabb!

Lama sekali tidak muncul dengan entri baru walaupun kesibukan bukanlah alasan untuk tidak menulis hakikatnya hambatan kelalaian dan kealpaan sering membungkusi diri terkadang membantut jemari ini untuk melakar episode kehidupan yang tak pernah berkesudahan. Semalam telah meninggalkan kita dengan seribu kisah suka duka, ramadhan yang dirindui telah pergi dengan pantasnya dan kini syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi seiring masa yang berlalu begitu saja tanpa kita sedari tanggungjawab dan bebanan amanah tidak pernah berkurang. Penat, lelah dan letih amat dirasai bilamana semangat semakin berkurang dan iman sering diuji..Ya Allah bantulah hambaMu ini berilah kekuatan untuk menruskan langkahan ini demi menunaikan agenda dakwah dan wasiat pejuang!

Kamar kerinduan pada tarbiah tidak pernah tertutup dek kerana jiwa ini sentiasa gersang akan seruan kebenaran dan taujihat sang murabbi. Gerak kerja yang semakin berkurangan akhir-akhir ini menjejaskan semangat untuk terus berlari di pentas tarbawi, namun Alhamdulillah berkat berjamaah dan nusrah dariNya ku cuba bangkit untuk berada dilarian yang sama bersama sahabat-sahabat di saf hadapan. Inilah ujian seorang pejuang yang bercita-cita untuk menabur bakti pada addin dan ummah tercinta. Tanpa hidayah, tanpa kekuatan jamaah sudah pasti kita tersungkur di pertengahan jalan…

Perjuangan menuntut pengorbanan..hidup ini hanya untuk satu kesempatan..kewajiban seorang hamba tidak akan selesai sehingga dia menumui Tuhannya..lewat usia ini ku terkenangkan saat-saat bahagia di alam pegajian yang lalu..waktu belaja kita hanya focus pada cita-cita untuk Berjaya dan pulang denga ilmu sebanyak yang mungkin..tugasan kerja harian tidaklah terlalu berat jika dibandingkan sekarang ini, kekuatan jihad ilmu sangat dirasai bila bersama ahli ilmu yang sama2 mengejar cita..itulah dunia ilmu yang penuh ragamnya sendiri.

Tetapi realiti setelah melepasi zaman itu dunia baru ini sangat kritikal untuk bersikap seperti dulu, manja dengan masa dan amal. Tiada kesempatan lagi untuk kali ini..masa begitu pantas berlari jika lambat sedikit sudah ketinggalan banyak hal..otak kian membeku kerana kurang membaca, jadual dah berterabur dek kerja mendatang yang datang bertubi-tubi..Ya Allah yang mana satu ni nak buat..pening last2 satu pon tak jadi..Ya Allah ku sedari reality tak seindah mimpi..dunia sungguh dahsyat untuk ditatapi, syaitan dan nafsu sering menggila, lemah,terkulai dan rebah di pinggiran dunia..dunia yang melalaikan menipu hamba, akhirat yang tercicir entah ke mana..kelana hamba tiada penghujung terputus di tengah jalan…menyesali takdir tiada memberi erti, menangisi perihal lalu tidak akan mengembalikan masa yang telah pergi..hari ini perlu diisi dengan amal sebanyak mungkin..mendekatkan diri dengan pencipta akan membuatkan hati kita lapang dan segala urusan dimudahkan…itulah sumber inspirasi mukmin yang menyerahkan jiwa raganya untuk pengabdian semata-mata mencari redhaNYa dan berjuang dengan agenda ilahi yang tiada nokhtahnya.

Inilah musim menyulam cinta untuk terus bergema di medan amal tarbawi dan berpencak di pentas dakwah! Ayuhlah sahabatku sekalian janganlah kita disibukkan dengan perihal dunia sehingga terlupa perihal akhirat yang lebih utama. Perjalanan kita masih jauh..jalan pulang menuju negeri abadi sangat dekat bagi mereka yang menjadikan dunia ini landasan sementara. Mereka melupakan keseronokan duniawi dengan mencari kesederhanaan hidup. Insyaallah setelah kita menyulam cinta akan lahirlah kuntuman-kuntuman istiqamah yang segar dan mekar sepanjang perjalanan ini..marilah kita semai cinta abadi agar kita tidak akan berpaling lagi setelah cinta palsu mengaburi kita…agar kita tidak tergelincir dari arus yang mencengkam dan tidak berubah dengan keindahan dunia yang penuh fatamorgana. Semoga hari esok menjanjikan yang terbaik untuk kita semua..siiru ‘ala barakatillah…



Ahad, 1 Ogos 2010


Salam Syaaban untuk semua...semoga di bulan yang mulia ini iaitu bulan Nabi kita Muhammad SAW memberi kekuatan dan semangat yang segar bugar untuk menambah bekalan di samping membuat persiapan bagi menyambut Ramadhan Karim nanti. Berada di ambang Ramadhan ini Maahad Darul Quran, rusila sibuk menyiapkan diri untuk menyambut Sambutan Jubli Perak bersesuaian dengan 25 tahun tertubuhnya Darul Quran. 25 tahun ini jugalah sama usianya dengan diriku..wah bertuah sungguh ni..huhu..dengan masa yang masih berbaki dua hari lagi ni nak minta lah kerjasama sahabat-sahabiah seperjuangan yang takde keje tu pakat tolong mai...sama-sama membantu memeriahkan sambutan tahun ini semoga segala amal buat kita semua dilimpahi pahala dan berkatNya... syukran.

Selasa, 22 Jun 2010

Mendamba rahmat-NYA..


INGATKAN DIRIMU AKAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS LANGIT DAN BUMI

Apabila Anda lapar dinegeri ini, atau fakir, sedih, sakit, terampas hakmu, atau merasakan kezaliman, maka ingatkan diri Anda akan kenikmatan, kesukaan, kesenangan, kebahagian dan keabdian di Syurga penuh kenikmatan.Apabila Anda meyakini AQIDAH ini dan berbuat untuk tujuan ini, maka berbagai kerugianmu akan berubah menjadi keuntungan, dan berbagai musibahmu menjadi anugerah. Orang yang paling cerdas adalah orang yang beramal untuk akhirat. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang yang melihat bahawa dunia ini adalah negeri, tempat menetap, dan puncak tujuan mereka. Kerana itu Anda mendapati mereka orang yang paling takut menghadapi musibah, dan paling besar penyesalannya terhadap berbagai bencana, kerana mereka tidak melihat selain kehidupan mereka yang hina. Mereka tidak melihat selain dunia yang fana ini. Mereka tidak berfikir selainnya dan tidak berbuat untuk selainnya. Mereka tidak ingin kesenangan dan kebahagiaan mereka terganggu. Seandainya mereka membersihkan karat yang menutupi hati mereka, dan tabir kebodohan yang menutupi mata mereka, nescaya mereka menyeru jiwa mereka untuk menggapai negeri keabdian, kenikmatannya, rumah-rumahnya dan istana-istananya. Dan pasti mereka mendengar perintah wahyu yang menggambarkan syurga. Demi Allah, itulah negeri yang berhak diperhatikan dan diperjuangkan.Apakah kita pernah merenung lama tentang gambaran penghuni syurga bahawa mereka tidak sakit, tidak sedih, tidak mati, tidak hilang masa muda mereka, tidak usang pakaian mereka, di bilik-bilik yang bahagian luarnya tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar ? Di dalam syurga terdapat apa yang tidak pernah terlihat mata, tidak pernah terdengar telinga, dan tidak terdetik di hati manusia. Seorang pengembara berjalan di naungan salah satu pohonya selama seratus tahun tanpa boleh mencapai hujunnya.Panjang tenda di dalam syurga enam puluh mil. Sungai-sungainya tidak berhenti mengalir, istana-istananya menjulang tinggi, buah-buahnya sangat dekat, mata airnya memancar, tempat tidurnya ditinggikan, cawan-cawanya diletakkan sangat dekat, bantal-bantal sandaranya tersusun rapi, bidadari-bidadari yang bebas dari haidh, nifas dan sebagainya, dan permaidani-permaidaninya terhampar. Lengkap kesenangannya, dan sangat besar kebahagiaannya. Itulah puncak tujuan. Mengapa akal kita tidak berfikir dan mengapa kita tidak merenung ?Apabila tujuan akhirnya adalah negeri ini, maka hendaklah segala musibah yang menimpa menjadi ringan, dan hati orang yang susah menjadi senang.Wahai orang yang dirundang kefakiran, dan yang ditimpa musibah, lakukanlah amal salih agar kalian menghuni Syurga Allah swt dan berada disisinya.
Firman Allah swt :سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
( Sambil mengucapkan ) : "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu.(Ar-R'ad 24)
اللهم اغفر لنا خطيئاتنا، وجهلنا، وإسرافنا في أمرنا اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار
Dr Aidh Al-Qarni - La Tahzan.

Khamis, 3 Jun 2010

Suara Wanita : Cabaran Muslimah hari Ini


Dengan nama Allah Yang maha pengasih lagi Maha Penyayang…


Sengaja saya lewatkan catatan ini agar perkongsian ini tidak berbaur emosi dan perasaan marah yang melaknatkan diri. Sekadar luahan yang terbuku dari hati-hati yang cintakan Islam dan mahu menegakkan keadilan di celah kekeliruan yang sedang meresapi pemikiran umat hari ini. dalam sedutan tulisan lalu saya merakamkan penghargaan dan rasa bertuah dapat menyertai Karnival Aura ungu (KAU) meskipun di sana ada kisah yang menyayat hati.
Bukan kerana kemalangan jiwa tapi kehilangan nilai fahaman yang teguh terhadap agama dan ketirisan akhlak dalam menyampaikan hujjah terhadap ilmu yang disampaikan. Saya bukan nak mengungkit atau memburukkan seseorang tetapi ingin menegakkan yang hak dan membetulkan kesilapan juga menolak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Terus terang dalam program yang julung-julung kalinya di adakan sudah semestinya banyak berlaku kekurangan dan kelemahan..namun sebelum kita mengakui kelemahan itu kita seharusnya membuktikan dan berusaha buat yang terbaik..menyentuh ketidakpuasan saya dan teman-teman dalam program ini bukannya pada perjalanan atau isi kandungan atur caranya, tetapi berkaitan dengan hukum dan pendirian nisa’ dalam menentukan suara wanita di hadapan lelaki.
Pada awalnya sangkaan kami nisa’ mampu mencipta aroma baru dalam dakwah nyanyian yang akan menampilkan cirri-ciri islamik dan menonjolkan keterbukaan di samping teguh menjaga batas-batas agama dan tidak ada kontroversi yang memungkinkan sebarang kekalutan berlaku. Malangnya ketika kami sampai agak terkujatlah bilamana melihat ramai kakitangan teknikal dari lelaki. Soundman dan tukang-tukang yang lain buat kami tidak sedap hati dan rasa bersalah. Ini kerana pada peringkat negeri kami bukan main lagi kawalan cukup berjaga-jaga dan tidak ada seorang lelaki pon yang terlibat. Bukan mudah sebenarnya nak menuntut agar dewan ini dipenuhi dengan wanita sahaja namun Alhamdulillah akhirnya pak cik yang bertugas di situ memahami kemahuan kami. Tiba-tiba bila sampai di shah alam kami diuji dengan perkara-perkara sebegini..dengan masalah teknikal yang tidak selesai cukup lemah rasenya untuk mencapai target yang kita harapkan. Walaupun majlis tetap berjalan tapi rata-rata peserta kurang berpuas hati..kami cuba untuk memohon agar tidak ada kaum lelaki yang akan berada di dalam dewan ketika pertandingan nanti, namun setelah bertemu dengan pihak atasan nisa’ kami diberitahu bahawa mereka menghadapi masalah tidak ada yang tenaga mahir dari wanita dan beberapa maslaah teknikal yang lain. Yang menyedihkan lagi bila mereka mengambil mudah perkara ini dan mengganggap ianya tidak menjadi sebarang permasalahan dan telah merujuk ustaz-ustaz dalam hal ini. Bagi saya alasan itu tidak konkrik untuk dipakai kerana program ini dirancang dalam tempoh yang panjang dan masih sempat mencari tenaga-tenaga yang mahir tanpa menggunakan kaum adam. Malangnya nasi sudah menjadi bubur ..kita masih tidak serius bekerja..tidak masak dalam perbincangan..sekurang-kurangnya mengurangkan risiko yang ada. Kalau di negeri-negeri yang lain kita boleh monopoli semuanya kenapa di peringkat pusat kita lemah dalam pengurusan..satu muhasabah yang perlu dinilai semula..apa yang lebih menyedihkan kami ialah persoalan-persoalan kami telah menimbulkan satu sentimen yang tidak sihat sehingga pada malam tersebut kami dihidang dengan sedikit tazkirah atau ceramah ringkas seorang ust..rupa-rupanya ceramah itu seolah-olah membidas kami dan menjawab segala persoalan kami sebelum ini…apa yang ingin saya nyatakan dengan hiba kami dianggap golongan yang jumud dan tidak terbuka..layak berada dalam jemaah tasauf dan perlu melihat perkembangan zaman semasa hari ini. Bagi ustaz ini kalau boleh mahu mengajak lelaki turut sama dalam konsert kau ini atas dasar keterbukaaan ruang dakwah hari ini yang perlu mengikut rentak zaman dan tidak terlalu menyekat sehingga orang lain lari dari kita. Beberapa hujjah dikemukakan tanpa penjelasan yang jelas tentang hadis-hadis yang disebut serta beberapa pendapat yang semuanya condong ke arah tidak ada halangan langsung suara wanita pada khalayak ramai khususnya di hadapan lelaki asalkan dakwah Islam itu sampai dan orang boleh menerima kita dengan sikap keterbukaan kita itu..tambahannya lagi kita tidak boleh terlalu keras dan tidak terlalu longgar..semua hujjah yang dikemukan jelas berat sebelah..kami dengan rasa sedih yang amat tidak mampu melawan angin yang kuat tanpa sokongan dan simpati orang lain..apakah kami ini terlalu jumud sehingga dilihat sebagai tertutup dalam menerima pandangan mereka..sungguh silap tafsiran mereka..bahkan telah mengelirukan ramai orang yang hadir..di manakah kebebasan sebenar yang Islam bagi dan sejauhmana kita perlu yakin dan percaya bahawa Islam tidak pernah menyekat kebebasan dan menghalang umatnya berhibur..namun awas setiap kebebasan ada batasnya….jangan terlalu prejudis mahupun melontar tuduhan serta menghukum orang lain tanpa melihat asal usul perkara tersebut dan mengkaji dengan lebih mendalam akan keharusan suara wanita itu dalam nyanyian dan berpencak di pentas. Bukankah kaedah menyebut menolak kemudaratan itu perlu didahulukan daripada memperolehi kemaslahatan…
Sahabat-sahabiah yang dikasihi Allah…

Ulamak bersepakat bahawa asal suara wanita itu bukanlah aurat. Namun jangan kita lupa bahawa wanita itu adalah fitnah yang paling besar bagi lelaki. Jika sekiranya suara itu membawa kepada perkara yang haram maka hukumnya jelas tidak boleh. Apatah lagi jika dilembutkan dan dilenggokkan..dengan wajah yang cantik dengan solekan , pakaian yang menarik pandangan saya melihat itu sudah cukup menggongcangkan hati lelaki…adakah keharusan dakwah masih relevan di saat iman manusia sudah terhakis dan naluri fitrah yang bergelora dengan nafsu…saya yakin dakwah itu akan bertukar kepada dakyat yang akan mencoreng wajah-wajah Islam itu sendiri. Inilah fahaman islam liberal yang sedang meresapi pemikiran generasi hari ini tanpa mereka sedari…saya tidak hairan jika kalangan ustaz sebegini melontarkan pandangan yang terang-terangan membuka pintu-pintu fitnah dan meruntuhkan keizzahan Islam. Kenapa Islam perlu mengikut zaman dan kemahuan manusia…benar kita tidak boleh terlalu keras dalam agama dan tidak boleh terlalu bermudah-mudah..kita dituntut untuk bersederhana..Islam itu agama yang muktadil, wasathiah iaitu sederhana. Jika ada perkara yang boleh membawa kerosakan maka kaedah usul fiqh menyebut mencegah itu lebih baik daripada merawat..untuk menjelaskan lagi hal ini saya ingin anda baca artikel yang ditulis oleh ust zaharuddin dengan hujjah yang bernas dan dalil-dalil yang thiqah…renungilah..
Bolehkah Wanita Berdakwah
Melalui Nashed
?
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)

Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.

Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hambali menganggap suara wanita bukanlah aurat.
Berubah Menjadi Aurat

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.


Inilah perbincangan saya.

Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya
" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.
"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga
"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.
Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.

Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.

Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.
Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.
Entah apa yang merasuk mereka..
Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :
"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"
"siswi mana" tanya saya
"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu
Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan

Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?

Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه
وإنما التصفيق للنساء

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.

Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.
Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.

Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
Daripada perbahasan di atas sudah terjawab rasanya kekeliruan yang berlaku..Resolusi yang dapat saya simpulkan di sini bahawa tidak salah kita mengambil pendekatan yang mudah dan terbuka selagimana batas-batas syariat dipatuhi dan maslahat (kepentingan) itu melebihi kemudaratannya. Janganlah kita ghairah menarik sasarah dakwah sehingga kita menggadaikan prinsip syariat. Islam itu indah, Islam itu perlu dihayati dan diterjemahkan dalam diri kita dengan menjadikan ianya mudah dan sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Jangan kerana perubahan zaman kita terpaksa mengubah islam ke arah Islam yang serba boleh tanpa menghiraukan yang halal dan haram. Realisasikan keindahan islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh semua orang bahawa setiap larangan dan suruhanNya adalah terkandung dalam pengetahuanNya yang sudah tentu bertujuan menjaga kepentingan dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Islam membenarkan kita berhibur dan berseronok melalui adab dan nilai-nilai murni yang menjaga dari segala aspek agar keluhuran dan kemurniaan Islam itu terpelihara dan tidak diresap dengan perkara-perkara syubuhat atau persamaan dengan agama-agama lain. Justeru itu, semoga apa yang ditulis ini menjadi muhasabah kita semua dalam memperjuangkan Islam dari sebarang tuduhan dan percampuran pemikiran liberal. Sama-samalah kita perbaiki tujuan dan matlamat kita dalam berdakwah. Adakah kita ingin mengajak orang kepada islam yang sebenar atau kita mahukan orang menerima kita sebagai golongan yang boleh bertepuk sama serta disukai kerana kita sama seperti mereka. Berhati-hatilah wahai para agamawan dalam mengeluarkan fatwa. Rujuklah pada ahlinya jangan mengikut logik akal semata-mata. Iza solahannas solahal ummah..wa iza fasadannas fasadal ummah…mohom maaf jika ada yang terasa dan jika ada kesilapan saya dalam penulisan ini mohon teguran dan harapan saya agar kesilapan ini tidak akan berulang..belajar dari kesilapan semoga terus dibekalkan kekuatan dan nusrahNya dalam berbakti untuk islam!

P/s : Sehingga ke hari ini enakmen di kelantan tidak membenarkan wanita muslimah terlibat dengan pertandingan tilawah Al Quran secara terbuka..bukankah tilawah itu amalan yang baik? Jadi cuba Tanya sendiri kenapa tok guru tak benarkan…inikan pula pertandingan nyanyian…tepuk dada tanya iman..

Ahad, 23 Mei 2010

Gema Suara Di KAU...


Dengan lafaz Alhamdulillah ku panjatkan syukur ke hadratNya kerna masih memberi nikmat kehidupan kepadaku dan sahabat-sahabat seperjuangan..sehingga ke hari ini walaupun baru sahaja pulang dari shah alam sempena program karnival Aura ungu '10 masih bertenaga meneruskan amanah yang sedia ada. Alhamdilillah syukur sangat akhirnya penantian dan debaran berakhir jua setelah hampir tiga bulan bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar dan dapat sampai ke penghujungnya. Bermula dengan pertandingan suara nisa' PESONA di peringat kawasan-kawasan sehinggalah ke peringkat negeri kemuncaknya pada dua hari yang lepas berlangsungnya pertandingan peringkat akhir bagi setiap negeri.

Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi konsert Aura Ungu (KAU) 2010 yang dijuarai oleh negeri Pahang bagi kategori kumpulan dan negeri melaka bagi kategori solo. Semua peserta beraksi dengan hebat dan penuh bertenaga pening jugak para juri nak mengadilinya...nasib baik tak jadi juri..hehe...walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada penganjur nisa' malaysia atas usaha keras kalian menganjurkan program ini. Tak lupa juga kontijen-kontijen dari negeri-negeri lain yang turut sama menjayakan konsert ini semoga kerjasama yang kita jalinkan sepanjang program ini mendapat keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwahfillah sesama kita.


Berkongsi pengalaman dalam permusafiran kali ini..inilah kali pertama saya bermusafir ke luar Terengganu setelah sekian lama merantau di luar negara. sejak balik pada akhir tahun lepas shah alamlah jadi pembuka tirai jejak musafirku dan insyaallah bila kaki dah melangkah keluar maka selepas ini akan berhijrah lagi jika diizinkan..bukan ape dah lama tak berjalan jauh..dulu memang kaki jalan...bila dah berhenti semua urat dah tersedak..lenguh seluruh badan sebab lama tak naik bas..kepala pon dah pusing sampai sekarang masih pening-pening lalat..huhu what ever semuanya jadi pengalaman dan pengajaran buat diri sepanjang perjalanan ke sana..seronok,gumbira macam-macam perasaan ada..paling terhaaru melihat wakil peserta dari Terengganu yang bersemangat dan bersusah payah memberikan kerjasama padu kepada kami...walaupun tidak dapat memenangi pertandingan kali ini namun korang tetap the best bagi kami..al wahida itulah nama kumpulan yang mewakili negeri Terengganu yang juga menjadi johan dalam pertandingan di peringkat negeri. Paling lucu di tengah-tengah keriuahan persembahan itu saya terlena dan asyik dibuai dengan dodoian puteri-puteri di pentas…huhu..tempat rest mata yang paling sesuai..apa yang penting segala kesungguhan, semangat dan pengorbanan kita semua tidaklah sia-sia semuanya dikira pahala dalam memartabatkan suara Islam sesuai dengan zaman yang menuntut kita menonjolkan satu role model kepada remaja-remaja hari ini bahawa konsep hiburan Islam menjadi altenatif kita di tengah budaya hedonisme kencang bergelora. berhibur tiada salahnya kerna Islam itu indah..
diharapkan nisa’ terus berusaha membuktikan kebolehannya memimpin remaja-remaja muda kepada penghayatan Islam yang sebenar dan andai ada kekeliruan dan sesuatu yang bersalahan dengan agama segeralah merujuk pada dasar utama Al-Quran dan As Sunnah agar segala kerja buat kita menuju ke a rah matlamat yang satu dalam merealisasikan remaja Islam penggerak ummah masa depan…tugas baru terus menanti…ke mana pula hijrahku akan datang??

Khamis, 6 Mei 2010

Badai perjuangan menanti di Sibu..

Belum pun sempat melunaskan kerja di hulu selangor kini bersambung pula di sibu, sarawak. itulah tugas yang tak pernah berkurang bagi pejuang agama Allah yang mencintai perjuangan dan berlumba-lumba mengisi bekal amalan sebelum dipanggil menghadapNya.

"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (At Taubah : 41)

inilah seruan jihad yang berterusan meskipun dibebani dengan seribu tanggungjawab masih mampu turun ke medan yang lebih diperlukan demi melihat keadilan tertegak di Malaysia. saya cukup cemburu dengan kesungguhan sahabat-sahabat dan pendokong-pendokong Islam khususnya PAS yang paling kuat memberi sokongan dan bantuan jentera kepada rakan sepasukan parti PKR di Hulu selangor baru-baru ini dan akan datang di Sibu, sarawak. kalau di Hulu selangor kita diserbu dengan cacian, kata-kata lucah, ugutan dan tindakan biadap BN kini tak mustahil polimik yang sama digunapakai bagi meraih kemenangan yang jelas berat sebelah. BN terus mencabuli demokrasi dan menanam rasuah yang sudah berkulat dalam dada mereka. usah disebut kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan dlm PRK sebelum-sebelum ini, sememangnya itu belum puas bagi mereka selagi Pakatan rakyat teguh bersatu. Sikap mereka tak ubah seperti puak-puak zionis yang berusaha menghancurkan Islam di muka bumi. Bersabarlah wahai pejuang Islam inilah sunnah perjuangan...janji Tuhan pasti berlaku..Islam kan tertegak di dunia! tugas kita memastikan BN hancur rebah! Semoga PRK di sibu yang diwakili oleh calon dari DAP saudara wong Ho Leng, Adun Bukit Asek dapat memberi sedikit ruang untuk kita bernafas di Sarawak pada 16 Mei nanti.

"MENYEMARAK JIHAD UNTUK KEMENANGAN"

Sabtu, 24 April 2010

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG!


Berjuang berjuang
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Berjuang berjuang
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup korbankan
Berjuang berjuang
Engkau ingin jadi pejuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Karenah isteri tidak kau tahan
Rumah tangga lintang pukang
Diri engkau tidak kau tingkatkan
Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Janji kurang engkau kurangkan
Kasih sayang engkau cuaikan
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Ilmu pejuang engkau tinggalkan
Kakasaran dan kekerasan engkau amalkan
Pandangan tidak engkau selaraskan
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang hendak engkau perjuangkan!
Apakah benar engkau berjuang?
Muhasabah bersama…


.: QATRUNNADA :.

Sabtu, 3 April 2010

Hiburan Islamik Pesona Nurani


Nisa' Negeri Terengganu sedang menyusun persiapan untuk mengadakan Pertandingan Suara Nisa' Peringkat Negeri Terengganu, pada 1 Mei 2010 di Dewan TER (Terengganu Equestrian Resort).
Walau bagaimanapun, pihak Nisa' Terengganu masih belum berjaya mengumpul jumlah penajaan yang secukupnya untuk menjayakan program ini.
Kepada anda semua yang bermurah hati untuk menyumbangkan penajaan kepada program ini, sumbangan anda amat dialu-alukan. Anda boleh menghubungi Ketua Nisa' Negeri, Kak Ani, di nombor 013-9815818. Seterusnya, anda boleh depositkan jumlah sumbangan itu ke akaun Bank Islam kami, di atas nama Saudari Rohani Ramli, bernombor 13017020415270, dan sila maklumkan untuk makluman pihak kami.

Selasa, 23 Mac 2010

KITA PEJUANG PAS !

Salam Kamunting,

Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.
Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.
Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.
Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.
Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.
Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.
Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.
Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.
Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?
Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.
Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.
*****
PAS adalah wadah perjuangan Islam.

Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.
Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.
Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua.
Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.

Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.

Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.

Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah.
Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.
Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.
Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya.

Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.

Ayuh, patuh dan cekal berjuang!

Sabtu, 13 Mac 2010

Bersama Melonjak Kemenangan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pas kawasan Marang kerana berjaya menganjurkan Sambutan Jubli Perak yang telah berakhir semalam. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan suasana cukup meriah dengan beberapa acara dan pertandingan. Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh dato' Presiden cukup menyengat dan membekas di hati..terasa semakin bersemangat untuk meneruskan larian perjuangan yang penuh berliku ini...walaupun sedih tak dapat join sepenuhnya majlis kerana bertembung dengan meeting di kemaman tetapi Alhamdulillah dapatlah jugak singgah seketika menjenguk aksi-aksi muslimat di pentas budaya. Semoga sambutan kali ini mencapai matlamat dalam mengenang jasa-jasa pejuang Islam dan menyubur tautan mahabbah Islamiah jua sebagai motivasi khas bagi pendokong-pendokong gerakan Pas hari ini dan akan datang.


Bekerja untuk Islam !!








Isnin, 1 Mac 2010

3 Mac, Turki Menangis! Kenangan Luka Berdarah


Dunia juga tidak dapat mendustakan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin dan pemerintah Mustafa Kamal Ataturk. Dunia melihat persekongkolan antara Mustafa Kamal Atarturk dengan pihak Inggeris dibongkarkan oleh sahabat karibnya, selaku setiausaha peribadinya, Muzhir Mufid Konshuh. Beliau menceritakan tatkala dia diminta untuk menulis perancangan rahsia setelah berjaya memegang tampuk pemerintahan Turki. Beliau menggerakkan pena menulis;

Pertama, :menjadikan sistem dasar pemerintahan nanti adalah sistem Republik.

Kedua, :hak dan kemudahan sultan beserta keluarganya akan dihapuskan apabila tepat pada masanya.

Ketiga, : mengharamkan hijab dari wanita.

Keempat, : topi tarbus tidak boleh dikenakan dan akan memakai topi seperti bangsa yang maju...Mendengar perancangan ini, pena yang dipegang Muzhir jatuh tanpa disedari. Namun Mustafa Kamal menyuruhnya meneruskan menulis lagi...Beliau akur.

Kelima, : menukar huruf latin dan menghapuskan huruf Arab...

Akhirnya Muzhir menyatakan, “Cukuplah wahai Basya, cukup!”

Tanggal 21 November 1922 di Muktamar Luzan ke-2 yang dihadiri antara wakil Mustafha Kamal Ataturk iaitu Esmut Inono dengan wakil Negara-negara bersekutu iaitu Lord Qiruzon juga memegang jawatan sebagai Menteri Luar Britian. Mereka memutuskan perancangan sulit iaitu:

1) Mustafa Kamal Attaturk hendaklah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Turki dari Agama Islam.

2) Menghapuskan jawatan khalifah

3) Menghapuskan saki baki pejuang Islam dan menghalau mereka keluar dari Turki.

4) Menggantikan gaya hidup islam timur dengan gaya hidup barat yang tiada ikatan agama dan memusuhi islam.





Bagaimana mereka menjayakan usaha jahat mereka ini? Perancangan rapi dan pelaksaan yang mantap menjadi faktor kejayaan mereka meruntuhkan Islam. Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam mendedahkan konspirasi mereka ini:

ü Mewajibkan rakyat turki memakai topi, padahal pada masa itu topi adalah simbol kekafiran pada pandangan bangsa Turki Muslim. Mereka yang menolak memakai topi, akan digantung di lapangan tersebut.

ü Menghapuskan huruf Arab, dan memaksa mereka menulis dengan huruf Latin. Cara tersebut bertujuan memisahkan bangsa turki secara total dari agama dan warisan mereka. Mereka yang tidak dapat menguasai huruf Latin dengan baik akan dinafikan dari mendapat pekerjaan, kewarganegaraan ditarik dan pengusiran dari tanah air atau dipenjarakan.

ü Melarang poligami dan memutuskan persamaan antara lelaki dan wanita dalam semua hak dan kewajipannya, membangun sekolah kejuruan bagi pemuda-pemudi, membangun sekolah yang mengajarkan tarian timur dan tarian barat, melarang hijab, mengeluarkan wanita dari rumah untuk memegang jabatan kerajaan, membangun teater dan panggung wayang serta mendorong rakyatnya untuk mengadakan pesta tarian.

ü Mengubah dua buah masjid agung iaitu Aya Sofiya dan Masjid al-Fatih menjadi muzium.

ü Membangun ladang contoh untuk memelihara lembu dan babi, yang bermaksud untuk menentang semua nilai Islam yang luhur.

ü Mendirikan patungnya disetiap tempat.

ü Memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca al-Quran al-Karim dengan Bahasa Turki bukan dengan bahasa Arab. Pernah suatu ketika Mustafa Kamal mendengar azan Subuh dalam Bahasa Arab dari masjid berdekatan dengan istananya, lantas dia memerintahkan supaya masjid tersebut dirobohkan.

ü Memasukkan kalendar barat untuk menggantikan kalendar Hijriyyah.

ü Menghapuskan sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha

ü Menetapkan hari ahad sebagai hari cuti mingguan sebagai ganti hari Jumaat.

ü Melarang kaum muslimin Turki mengerjakan ibadah haji dan melarang kaum wanita memakai hijab.

Akhirnya detik 3 Mac 1924 menjadi satu detik malapetaka bagi seluruh umat Islam. Ya, seluruh umat Islam! Detik ini secara rasminya Mustafa Kamal Attaturk menghapuskan Khalifah Islamiah. Detik mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan Negara. Detik mahkamah-mahkamah syariat ditutup. Detik Jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf dihapuskan. Detik keluarga khalifah Abdul Majid ke-2 serta semua ahli keluarganya dihalau dari Negara Turki. Detik inilah maruah Islam diganyang tanpa erti kemanusiaan. Detik inilah...


Namun, walaupun pelbagai usaha dan tipu daya untuk memadamkan cahaya Islam yang bersinar, ternyata usaha mereka gagal. Malah cubaan untuk menukar negara Islam Turki kepada Negara Sekular Turki mendapat tohmahan dari Parlimen Jerman; “Turki lebih kepada peradaban yang bukan peradaban kita!” Demikian juga kenyataan oleh penulis wanita Turki; “Kita pernah menjadi negara terdepan di timur, kemudian kita menjadi negara yang paling terakhir di barat!”. Natijahnya Turki menjadi seperti kisah burung gagak yang hendak meniru burung rajawali, ia gagal menjadi burung rajawali dan tidak layak untuk kembali menjadi burung gagak!Walaupun Islam dan umat Islam gagal mempertahankan Khalifah Islam Uthmaniah, namun usaha untuk mengembalikannya terus berjalan. Pengakuan Akhbar Perancis ‘Le Monde Diplomatique’ edisi 18 Januari 1983 yang mengutip dari majalah ‘Ar-Raid’ yang diterbitkan di Jerman menyatakan, “Sekalipun Islam memang tersigkir dari pemerintahan, namun ia tidak pernah tersingkir dihati mereka. Pertubuhan Islam dan pendidikan agama tetap berjalan bahkan mendapat pendokong yang baru. Semangat masyarakat Turki untuk mempertahankan symbol-simbol islam tetap kuat. Tidak sahaja mereka kembali kepada kelompok (tarikat) Naqsyabandiah, Qadiriah dan lain-lainnya kerana pemerintahan memusuhinya sehingga ia kembali kepada kelompok itu. Lebih dari itu, mereka menolak setiap ajaran dan pandangan yang bertentangan dengan Islam dan kembali kepada kebimbangan rosaknya peradaban Turki ditengah-tengah perkembangan gaya hidup barat”.salam perjuangan...kembalikan islam yang telah hilang. ia terpikul atas bahu kita semua...teruskan perjuangan...ISLAM PASTI MENANG!



Jumaat, 26 Februari 2010

Air Mata Rasulullah S.A.W



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam",kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tuturFatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapanAllah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu"."Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?",
tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,
wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:"Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku,
hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii? " - "Umatku,umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat
maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai


SALAM MAULIDUR RASUL...