Rabu, 18 November 2009

Meniti detik-detik terakhir di syria...

salam sejahtera dan salam perjuangan buat semua semuga masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan untuk beraksi di alam maya. bagi jundi tika ini sedang melalui hari-hari terakhir di rantauan ini. sedih, gumbira bercampur rasa. alhamdulillah walaupun masa yang semakin singkat akhirnya berjaya juga menggenggam ijazah quran. itulah kegembiraan yang paling besar buat jundi. terima kasih buat teman-teman seperjuangan atas sokongan dan tunjuk ajar selama ini. muga Allah membalas segala jasa baik antum...

lama juga jundi menyepi maklumlah internet di syria ni banyak sangat problemnya nak bukak blog pon kena ada program tertentu. ala kulli hal muga semangat yang masih ada ini mampu diteruskan seusai pulang ke tanah air nanti. dalam kesempatan masa yang singkat ini jundi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengenali diri jundi terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan, asatizah dan guru-guru juga adik-adik yang selalu menghiburkan hati. terima kasih atas bantuan yang diberi teruskan berbakti untuk Islam. mohon banyak-banyak atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang jalinan ukhuwah yang terjalin ini. doakan jundi terus thabat dalam perjuangan dan lebih mantap dan terus mantap...huhu

afwanlah tak dapat nak bicara panjang..ni pun kebetulan boleh buka blog.akhir kalam teruskan perjuangan walau di mana sahaja kalian berada..di mana bumi dipijak di situlah islam dijunjung.
wassalam.

Selasa, 6 Oktober 2009

Aidil Fitri : Meraih Kemenangan Melerai Kerinduan

Alhamdulillah syukur ke hadratNya masih memanjangkan usia kita bertemu syawal bulan meraih kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menjalani madrasah Ramadhan al mubarak. sedih dan gembira bercampur rasa. pilu kerana Ramadhan telah meninggalkan kita dengan sedang amalan masih berkurang. Ramadhan yang sama natijah yang berbeza itulah harapan yang kita dambakan sesudah kita berdoa dan berusaha merebut kebun-kebun amal kebajikan yang ditawarkan sepanjang ramadhan. kini walaupun dalam kesedihan mengenangkan pemergian ramadhan marilah kita menarik dari pengajaran masa lalu, menarik manfaat, mensyukuri kenyataan baiknya dan menghindari kenyataan ruginya agar tidak terulang lagi...sekarang syawal menjemput pula membuktikan kebesaran Allah swt yang menciptakan bulan-bulan Islam yang penuh keberkatan dan keistimewaannya sendiri.
bagi diri jundi pengalaman kedua-dua bulan ini merupakan pengalaman terakhir buat jundi di rantauan ini...hiba dan syahdu meraikan syawal bersama-sama sahabat seperjuangan yang semestinya menjadi memori abadi tersimpan kemas di sanubari. sebagai kenangan manis dalam membingkai hikayat hidup seorang mahasiswi syria. pastinya segala yang tercipta di sini adalah satu penghargaan dan kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya bagi hamba yang dhoif ini...alhamdulillah wassyukru lillah....

bersempena dengan syawal yang diraikan jundi memohon beribu-ribu kemaafan dari semua khususan buat ma dan abah serta keluarga di kampung, nantikan kepulangan anakmu nanti insyaallah penantian kan berakhir jua...buat sahabat-sahabat seperjuangan yang berada di seluruh pelusuk dunia...muslimin dan muslimat terutama yang mengenali diri ini...maaf zahir dan Batin..kullu Am waantum bikhair...

Jumaat, 4 September 2009

Ramadhan : Manisfestasi mencari redha Allah

Salam ramadhan kareem buat semua saudara seakidahku sekalian. Mudah-mudahan dengan keberkatan yang terhidang luas ini memberi kesempatan sepenuhnya untuk kita teguk mengutip fadhilat serta mencipta perubahan diri ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya ramadhan bulan untuk meraih rahmat,maghfirah dan perlepasan dari api neraka…tujuannya yang paling besar adalah untuk melahirkan mukmin yang bertaqwa...ibarat gedung ibadah yang melimpah ruah menunggu untuk dicucuk tanam dan sudah tentu akhiratlah tempat kita menuainya. Ungkapan para ulamak sering kita dengari dunia adalah jambatan ke akhirat…justeru bersempena dengan ramadhan al Mubarak ini sukalah saya berkongsi dengan pembaca budiman semua sebuah buku yang menarik untuk dihadam sepanjang bulan ini iaitu Konsep Ibadah Dalam Islam yang dikarang oleh penulis berjiwa telus dan ikhlas dalam gerakan dakwah. Beliau adalah As Syeikh Muhammad Abdullah Al khatib. Yang merupakan seorang ulama’ kelahiran Mesir dan pernah mendapat pendidikan di Al Azhar. Beliau adalah seorang murabbi(pendidik) begitu gigih dan sentiasa berhempas pulas untuk menyedarkan masyarakat. Sebahagian dari usia beliau dihabiskan untuk kerja kerja amal dan menulis buku buku yang begitu bernilai. Beliau telah lama bergiat aktif di dalam bidang penulisan dan banyak hasil karyanya yang tersiar di dalam akhbar berbahasa Arab samada dalam bentuk rencana, makalah, esei dan pelbagai wacana ilmiyah lagi. Sentuhan pena beliau yang begitu berani menyanggah segala ideologi sesat yang melanda ummah adalah antara tulisan beliau yang benar-benar membuka minda kita untuk mengetahui hakikat yang sebenar.

Buku ini telah diterjemahkan oleh sahabat kita dari mesir iaitu saudara Ahmad Hasan bin Mohd Nazam dan Mohd Nizam bin mohd Ali. Menyentuh tentang sekitar buku ini secara keseluruhannya, penulis mengajak kita merenung dan memerhati sedalam dalamnya tentang konsep ibadat yang sebenar. Rata-rata masyarakat kita memahami ibadat dalam skop yang sempit, tidak lebih daripada sembahyang lima waktu, puasa, haji, menunaikan zakat dan lain- lain ibadat khusus sedangkan hakikat ibadat yang sebenarnya mencakupi segenap perilaku insan dalam kehidupannya, merangkumi segala urusan keduniaan, kemasyarakatan, rumah tangga dan lain lain lagi, asalkan diniatkan semata-mata kerana Allah. Inilah hakikat ibadat yang ingin dijelaskan oleh penulis. Begitulah indah dan syumulnya Islam jika betul-betul difahami dan dihayati. Selamat membaca…

Bahagaian 1 : IBADAT MEMELIHARA INSAN


Ditanya seseorang:

“Apakah amalan yang boleh menyelamatkan manusia di saat arus maddiyyah terus berleluasa dan menjadi jadi sehingga menenggelamkan dan merosakkan hati??


Sahabatnya Menjawab:

Dirikan disekelilingmu tembok yang boleh menghalangmu dari hanyut bersama arus maddiyyah. Berusahalah untuk membersihkan saki baki hanyiran kesan kotoran maddiyyah, lemparkan ia keluar tembok. Maka bersihlah hatimu dari segala yang boleh menghanyutkanmu dan dapat menghirup udara nyaman.
Tazkirah Du`at

PENGERTIAN IBADAT

Semurni-murni status seorang hamba dan amalan mendekatkan (qurbah) diri kepada Allah SWT yang paling tulus ialah dengan beribadat. Ia merupakan satu-satunya jalan yang menyampaikan kita kepada Allah SWT.

Menurut Ibnu Taimiyyah r.h: “Ibadat (satu nama) merangkumi segala apa yang disukai Allah samada perkataan atau perbuatan yang berbentuk lahiriah dan batiniah.”
(Risalah al Ubudiyah)

Ibadat juga adalah benteng asas yang paling kukuh dan tulen selepas aqidah, untuk melahirkan pemuda sepertimana yang dikehendaki oleh Islam dan sesuai untuk dijadikan tembok untuk mempertahankan Islam. Apabila mengadap ke bawah duli, Tuhan semesta alam, dia dapat merasakan dirinya sentiasa diperhatikan, ruang ibadat di sekelilingNya penuh dengan manusia yang khusyuk merafa` sembah, mengadap tuhan, dengan rasa penuh kehambaan. Hatinya berdenyut kencang merasakan kehebatan Tuhan dan melahirkan rasa khusyuk yang tulus, apabila mereka benar-benar memahami konsep ibadat, dapat merasakan kemanisan iman dan lazat ketika mentaati Allah Rasulullah SAW telah bersabda: “Telah berkata Allah SWT yang bermaksud:
(Wahai anak Adam! Terdapat empat perkara iaitu: Satu untukKu, satu untukmu, satu untukKu dan untukmu dan satu untukmu dan makhlukKu.”Untuk Ku” ialah hendaklah kamu menyembah Ku dan tidak menyekutukan Aku. “Untuk mu”, ialah Aku memberi ganjaran di atas amalanmu ketika mana kamu benar-benar berhajat padanya. “Untuk Ku dan untuk mu” ialah doa daripada engkau dan aku menerimanya “Untuk mu dan makhluk Ku” ialah hendaklah kamu mendatangi manusia sepertimana engkau suka mereka mendatangi engkau).

Daripada Abdullah bin Amru: Sifat Rasullullah SAW yang disebut dalam Taurat ialah: Sesungguhnya Kami utuskan sebagai saksi, pembawa khabar gembira, pemberi peringatan dan benteng kepada ummiyyin. Engkau adalah hambaKu dan utusanKu. Aku namakan engkau Al Mutawakkil (yang bertawakkal) Engkau bukanlah seorang yang keras dan kasar. Kejahatan tidak dapat dihapuskan dengan kejahatan tetapi dihapus dengan kebaikan. Amalan kejahatan itu akan diampun. Aku tidak akan mencabut Nyawanya melainkan setelah ia membetulkan pegangan agama yang salah. Mata yang buta menjadi celik, telinga yang pekak kembali mendengar dan hati terbuka untuk mengatakan: لا إله إلا الله.

Allah telah menyifat Rasullullah SAW di dalam hadis ini dengan Ubudiyyah (perhambaan). Ini merupakan satu tanda penghormatan dan kemuliaan untuk baginda junjungan besar Rasulullah SAW. Ini disebut di dalam surah Al Isra’ Allah SWT telah berfirman:

سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الأقصى

Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al Haraam (di Mekah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin).
(Al Isra’: 1)

Allah SWT telah menyifatkan para malaikat sebagai hamba kepada Allah SWT sepertimana firmanNya:

وقالوا اتخذ الرحمن ولدا سبحانه ، بل عباد مكرمون ، لا يسبقونه بالقول وهم بأمرهم يعلمون

Maksudnya: Dan mereka (yang musyrik) berkata: “(Allah) Ar Rahman mempunyai anak.” Maha sucilah Ia. Bahkan (mereka dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hambanya yang dimuliakan. Mereka tidak mendahuluinya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkannya.
[Al Anbiya’: 26 & 27]

Allah SWT telah berkata kepada Nabi Musa AS dalam firmanNya:

إنني أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدني وأقم الصلاة لذكري
Maksudnya: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
[Taha: 14]

Allah SWT telah mengingatkan tentang Saidina Isa AS dalam firman Allah SWT:

إن هو إلا عبد أنعمنا عليه وجعلناه مثلا لبني إسرائيل
Maksudnya: Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan ni`mat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan Kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.
[Az Zukhruf: 59]

Firman Allah SWT:
لن يستنكف المسيح أن يكون عبدا لله ولا الملائكة المقربون ومن يستنكف عن عبادته ويستكبر فسيحشرهم عليه جميعا.
Maksudnya: (Nabi Isa Al Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, dengan demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan menghambakan diri kepada Allah), serta berlaku sombong dan takabbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadanya.
[An Nisa’: 172]

Firman Allah SWT:

قال ربكم أدعو ني استجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takabbur daripada beribadat dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[Al Ghafir: 60]

Firman Allah SWT:
ومن آياته الليل والنهار والشمس والقمر لا تسجدوا للشمس ولا للقمر واسجدوا لله الذي خلقهن إن كنتم إياه تعبدون. فإن استكبروا فالذي عند ربك يسبحون له بالليل والنهار وهم لا يسأمون.

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadanya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka mersa jemu.
[Fusilat: 37]

Dan Allah SWT berfirman lagi:
أن كل من في السموات والأرض إلاآتي الرحمن عبدا لقد أحصاهم وعدهم عدا وكلهم آتيه يوم القيامة فردا

Maksudnya: Tiada siapa pun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
[Maryam: 93, 94 & 95]


Seruan pertama setiap risalah:

Seruan pertama pada setiap risalah nubuwwah melalui lisan para Anbiya’ ialah seruan untuk beribadat dan mentaati Allah. Allah SWT telah berfirman:
وما أرسلنا من رسول إلا نوحي إليه أنه لا إله إلا أنا فاعبدون
Maksudnya: Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul melainkan kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu beribadatlah kepadaKu.
[Al Anbiya’: 25]

Allah SWT telah menjelaskan dengan penuh ketelitian tentang betapa perlunya kita melakukan ibadat kepada Allah dan menjauhi segala bentuk perbuatan yang tiada kena mengena denganNya. Allah SWT telah berfirman:

ولقد بعثنا في كل أمة رسولا أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.”
[An Nahl: 36)

Ini merupakan perintah dan Iradah Allah ke atas hambanya yang mana Allah SWT menyuruh setiap hamba mentaatinya sepertimana Allah menyuruh hambanya menjauhi perbuatan syirik dan segala bentuk amalan yang sesat. Semua para Anbiya’ dan para Rasul berada di atas landasan ini, di dalam satu angkatan menuju halatuju yang sama, iaitu menuju maksud menggesa seluruh umat manusia untuk mengabdi diri semata-mata kepada Allah SWT menjauhi segala amalan syirik, penyembahan berhala dan membenteras segala macam kesesatan samada dengan menggunakan kata-kata mahupun dengan perbuatan.

Pengarang kitab Fi Zilal al Quran memberi komentar tentang halatuju seruan para Rasulullah (utusan Allah) dan menjelaskan maksud tertentu yang dikehendaki oleh para Rasulullah daripada bangsa di kalangan kaum mereka sepertimana berikut:

• Peri pentingnya prinsip ini (mentauhidkan Allah) berdasarkan kaedah Tasawwur Al-Islami.
(مقومات تصور الإسلامى)

• Kesilapan Methodologi Perbandingan Antara Agama, mengenai proses evolusi aqidah dan tidak terkecuali juga agama-agama samawi (agama yang diturunkan dari langit).

Ini adalah satu kesilapan yang amat serius. Beliau menafikan mengenai evolusi aqidah dan juga ibadat. Beliau menyebut lagi bahawa sesungguhnya risalah suci yang diturunkan dari langit (risalah samawiyyah) sejak mula diturunkan sehingga dewasa ini adalah dengan prinsip yang satu iaitu tetap dengan aqidah mentauhidkan Allah, semenjak diciptakan muka bumi ini sehinggalah ke hari qiamat. Ustaz Syed Qutb meneruskan lagi komentarnya mengenai bahaya konsep yang sebegini:

Konsep ini berbahaya terhadap aqidah yang sahih. Konsep yang dimaksudkan ialah dakwaan kononnya risalah yang dibawa oleh para Nabi hanyalah merupakan perkembangan ekoran percubaan demi percubaan ummat sejagat dan juga merupakan proses evolusi di dalam bidang kepercayaan.

Seterusnya beliau menjelaskan:

Sesungguhnya permasalahan sebenar ialah mentauhidkan Allah dan mengesakannya dengan tauhid Uluhiyyah dan ‘Ubudiyyah tanpa menyekutukannya. Kepercayaan penuh kepada Allah tanpa ada sebarang percanggahan. Ia merupakan permasalahan I’tiqad yang utama dan hakikat sebenar pada setiap risalah yang di bawa oleh para anbiya’ (nabi-nabi) sepanjang zaman.


MATLAMAT IBADAT

Reformasi insan:

Insan yang soleh sentiasa mengukur segala urusannya dengan neraca rabbani dan sentiasa berhati-hati di dalam setiap perkataan dan perbuatan.

Inilah merupakan matlamat yang sebenar daripada Method Tarbiyyah Islamiyyah dan inilah juga hasil yang amat diharapkan. Di sana terdapat perbezaan yang ketara di antara insan soleh yang beramal untuk Islam dan pribumi pejuang kebangsaan yang memperjuangkan method Tarbiyyah Basyariah Ini adalah method ciptaan yang langsung tidak memahami method rabbani. Menafikan peranan suci method ini (method rabbani) di dalam melahirkan insan soleh yang hakiki.

Di sana terdapat dua perbezaan yang ketara di antara dua method ini:

• Insan Muslim: Menyembah Allah yang maha Esa dan sentiasa
menghampirkan diri dengan Allah di dalam setiap amalan.

• Manakala pejuang kebangsaan: Berjuang untuk kepentingan golongan
tertentu. Berjuang untuk menjadi pemimpin, berusaha sedaya upaya untuk
mencapai matlamat kebendaan dan kepentingan aliran yang dianutinya sahaja.

Matlamat insan soleh bukan pada hidupnya sahaja tetapi untuk mencari keredhaan Allah. Di sinilah wujudnya perbezaan yang ketara:

• Ciri-ciri insan yang soleh:
Ciri-ciri ini terkandung di dalam method rabbani yang unggul. Ia disemadikan di dalam kitab suci yang diturunkan daripada Allah SWT dan diperjelaskan lagi melalui sunnah Nabi. Dipelihara menerusi realiti kegemilangan sejarah manusia dalam membina kehidupan

Allah SWT menerangkan sifat sifat mereka di dalam Al Quran:
التائبون العابدون الحامدون السائحون الراكعون الساجدون الآمرون بالمعروف و الناهون عن المنكر والحافظون لحدود الله وبشر المؤمنين
Maksudnya: (Mereka itu ialah): Orang–orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang ruku`, yang sujud, yang menyuruh kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(At Taubah: 112]

Islam telah menjadikan keimanan kepada Allah yang esa yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang mutlak, untuk membersihkan akal insan daripada segala bentuk penyembahan berhala dan membebaskan manusia daripada khurafat yang menghumban manusia terjerumus ke lembah khayalan. Sesungguhnya fahaman keberhalaan melenyapkan segala kemuliaan insan dan menjadikan pemikiran mereka mundur dan mencampakkan manusia ke jurang yang tidak selayaknya Apa lagi yang dimiliki oleh manusia dari segala bentuk karamah dan kemuliaan bilamana mereka terjebak dengan penyembahan batu, memuliakan lembu, anak sapi dan patung.

Sehinggakan Islam melarang hambanya bersembahyang di hadapan kubur sepertimana juga Islam melarang hambanya bersumpah dengan selain daripada Allah SWT. Itu semua semata mata untuk memelihara daripada membesar dan mengagungkan selain daripada Allah SWT.

Saidina Umar Al Khattab RA ketikamana melihat manusia mengambil berkat dengan pokok yang di bawahnya pernah dimetrai perjanjian Ridhwan (Bai’ah Al-Ridhwan) pada hari Hudaibiyyah, Saidina Umar bimbang suatu kesan negatif terhadap aqidah umat Islam akan berlaku, maka beliau menebang pokok tersebut. Islam telah mencantas segala ruang-ruang yang boleh mendatangkan syubhat kerana ia boleh menjerumuskan umat Islam dan juga berperanan untuk menaungi manusia agar berjalan di atas landasan yang sebenar.

Islam telah menjadikan ibadah sebagai alat menyucikan jiwa, membersihkan amalan dari segala bentuk noda dan dosa. Ibadat diasaskan sebagai penjamin proses penyucian ini bilamana ianya dilaksanakan sebaik mungkin dan dijaga segala intipati ibadat tersebut.


Ibadat menjamin kebebasan manusia:

Sejak awal lagi, Islam telah membebaskan manusia daripada mengunakan perantaraan dan menjadikan hubungan langsung antara hamba dan khaliqnya (penciptanya). Ulama’ Islam yang memiliki ilmu yang mendalam dalam bidang agama bukannya untuk dijadikan perantaraan antara tuhan dengan hamba-Nya. Ibadat tidak ditolak dan diterima dengan sebab mereka. Bahkan mereka semua, sama sahaja di sisi Allah. Dan mereka diamanahkan untuk mengajar manusia lain dan ditegah menyembunyikan ilmu. Mereka lebih bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap diri mereka sendiri dan terhadap orang lain berbanding dengan mereka yang tidak mengetahui. Allah Ta`ala mengecam golongan yang menyembunyikan ilmu dan bakhil melalui firman-Nya:

إن الذين يكتمون ما أنزلنا من البينات والهدى من بعد ما بيناه للناس فى الكتاب أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللاعنون ، إلا الذين تابوا وأصلحوا وبينوا فأولئك أتوب عليهم وأنا التواب الرحيم.
Maksudnya: Sesungguhnya orang–orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang yang bertaubat, dan (memperbaiki amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
[Al Baqarah: 159 & 160]

Ini merupakan ancaman yang menakutkan terhadap mereka yang mengetahui kebenaran kemudian menyembunyikannya kerana ingin lari daripada tanggungjawab semata-mata untuk tujuan keduniaan. Ini merupakan keadaan yang wujud pada setiap masa dan di setiap tempat.

أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللاعنون
Maksudnya: mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
[Al Baqarah:159]

Seolah-olahnya mereka berada di dalam laknat dari khalayak manusia, kemudian dibuka pula peluang keemasan bagi sesiapa sahaja yang mahu bertaubat, kembali kepada Allah dan memperbaiki hubungan antara hamba dengan Khaliqnya. Menyatakan kebenaran dan berpegang teguh dengan-Nya. Dengan itu taubatnya diterima oleh Allah SWT dan menghapuskan segala kesilapannya. Para ulama tidak memiliki kekuasaan dalam hal anutan keagamaan sehingga boleh menganugerahkan syariat Islam kepada orang lain tetapi mereka hanya sekadar sebagai pembimbing untuk memandu manusia. Prinsip ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al Quran:

فذكر إنما أنت مذكر لست عليهم بمسيطر
Maksudnya: Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
[Al Ghasyiah: 21 & 22]

Dan juga firman Allah:

ليس لك من الأمر من شيء
Maksudnya: Engkau tidak berhak sedikipun (wahai Muhammad dalam urusan orang yang ingkar itu)
[Ali Imran: 128]

Rasulullah SAW pula bersabda kepada anaknya Fathimah Radhiallahu ‘anha:

يا فاطمة بنت محمد اعملي لا اغني عنك من الله شيئا
Maksudnya: “Wahai Fatimah binti Muhammad, beramallah, aku tidak dapat membela kamu di hadapan Allah sekali-kali.”
(Sirah Ibn Hisyam: Jilid 1)

Islam telah membebaskan ibadat daripada sebarang kaitan dengan perantaraan dan demikian juga dengan tempat-tempat tertentu yang dianggap keramat. Di dalam Islam setiap tempat adalah sesuai untuk beribadat selagi mana ianya suci. Tidak kira samada di padang pasir, atas kapal laut, kapal terbang, keretapi atau masjid-masjid yang khusus untuk beribadat. Setiap hamba mampu untuk menuju kepada Allah dan menghubungkan hatinya dengan Allah SWT walau di mana sahaja mereka berada.

Sabtu, 18 Julai 2009

Penjajahan Songsang

Oleh : Khairul Bariah bt. Ahmad

Tertegaknya Islam Kerana Keadilan

Kezaliman dan penindasan penjajah Eropah selama 500 tahun di Tanah Melayu cukup memberi impak yang besar kepada masyarakat di dalamnya malahan dunia turut merasai bahang keangkuhan dan kegilaan itu, apabila serangan ideologi dilancarkan ke atas dunia menyebabkan satu momentum ke atas kesyumulan Islam itu dijadikan teori dan gagasan yang perlu dilaksanakan untuk membolosi dan meruntuhkan tembok kerajaan Islam yang terakhir, Khilafah Turki Uthmaniyyah.

Segala bentuk bumi, corak pentadbiran, politik, ekonomi, sosial, akhirnya tunduk melutut mengikut hawa nafsu manusia yang melampaui batas, menyimpang jauh dari landasan Islam yang sebenar seterusnya meragut keadilan dan kebaikan yang dinaungi Islam seluas 2/3 dunia dek kerana negara-negara Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yang lemah telah memutuskan harapan kepada Allah s.w.t yang sepatutnya menjadi tempat bergantung setiap orang Islam. Mereka bukan sahaja mengimport kebendaan Barat tetapi teori, ideologi, falsafah yang diharapkan dapat membina umat Islam.

Hari ini, kita dapat melihat umat Islam hidup di dalam kekacauan dan keresahan menantikan sinar kebahagiaan yang benar-benar dapat mengatasi segala keperluan hidup manusia dalam segala aspeknya yang sesuai dengan fitrah dengan sifat semulajadi manusia sama ada rohani ataupun jasmani, samada individu ataupun masyarakat yang menyentuh segala bidang yang mesti dialami oleh kehidupan manusia.
Walaupun di Greek,India dan China telah mencipta tamadun dan terdapat ahli-ahli falsafah yang mempunyai otak geliga dianggap paling bijak di kalangan manusia, tetapi mereka sanggup meletakkan manusia itu mengabdikan diri kepada makhluk yang lebih rendah daripada manusia itu sendiri. Mengabdikan diri kepada kayu, batu, lembu dan seumpamanya. Ini merupakan keruntuhan yang berlaku di kalangan manusia. Kalaulah tamadun kekayaan ini merupakan perkara yang amat perlu, kalaulah kedatangan Islam untuk mengadakan ladang-ladang, kebun-kebun yang luas yang kononnya menjadi asas kebahagiaan hidup manusia, maka perlu Allah melahirkan Nabi Muhammad di negeri Parsi. Kalau sekadar hendak menciptakan makanan-makanan yang mengenyangkan perut, Allah melahirkan Nabi Muhammad di India dan sebagainya. Tetapi, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di bumi yang kering kontang dan mundur, menunjukkan kepada kita betapa tamadun yang diterokai oleh Parsi dan Rome yang menjadi kuasa besar manusia ketika itu tidak dapat menjamin kebahagiaan manusia dalam ertikata yang sebenarnya.

Tahukah saudara-saudara sekalian? Di Mesir, orang Islam hanyalah golongan minoriti, ada pun orang-orang kafir yang berada di Mesir pada masa itu adalah golongan majoriti. Di Parsi, Islam adalah minoriti, orang Majusi adalah majoriti. Tetapi dengan keadilan Islam, golongan minoriti Islam telah berjaya melaksanakan hukum Islam yang adil sehingga golongan-golongan majoriti telah menganut Islam dan memeluk agama Islam. Inilah dia keadilan Islam. Oleh itu masalah ada orang kafir, masalah majoriti atau minoriti orang Islam tidak timbul sekiranya Islam itu diberi kesempatan untuk berkuasa, untuk menjalankan hukumnya di bumi Allah, maka Islam akan berjaya menakluk hati-hati manusia dengan keadilan, kebaikan dan kebenarannya.

Satu Kebenaran Sebuah Penjajahan Songsang

Akibat penyelewengan, kelalaian dan kelemahan iman umat Islam telah menyebabkan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan dari keturunan Ghenzis Khan dengan mudah menakluki Baghdad, pusat pemerintah kerajaan Islam ‘Abasiyyah. Bandaraya Baghdad dan penduduknya dibunuh kejam sehingga ibu kota tersebut menjadi kolam darah dan bukit mayat. Kitab-kitab para ulama’ yang ada di perpustakaan di sekitar Baghdad telah dibakar atau dipunggah ke sungai untuk dijadikan jambatan bagi menyeberangi sungai Furat dan Dajlah hingga menyebabkan air sungai menjadi hitam oleh dakwat dari pena para ulama’ Islam.
Setelah berkuasa di Baghdad, penjajah Monggol merangka suatu undang-undang yang dinamakan Yasar bagi menggantikan undang-undang Islam. Undang-undang ini adalah campuran dari ajaran Yahudi, Kristian, Islam dan hasil pemikiran mereka. Mereka memasyhurkan undang-undang ini dan memaksa seluruh rakyat untuk tunduk kepadanya.

Namun demikian umat Islam masih tidak mahu melepaskan pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w yang diperjuangkan generasi sahabat. Mereka lebih rela menerima kezaliman melalui penyeksaan hatta penyembelihan daripada tunduk di bawah sebarang undang-undang yang lain dari undang-undang Islam.
Hasil dari ketegasan umat Islam yang tidak mahu tunduk di bawah undang-undang Yasar, menyebabkan kekuatan iman umat Islam yang terjajah berjaya memerintah bangsa Mongol yang menjajah. Sejarah telah membuktikan penjajahan songsang ini berlaku dan bagaimana penjajah Monggol menyerah kalah lalu melemparkan undang-undang Yasar yang digubal oleh tangan-tangan mereka sendiri dan menganut Islam. Akhirnya penjajah Monggol telah turut memberikan sumbangan yang besar di dalam sejarah dunia Islam.
Cuba kita bayangkan, bagaimana pemilik hati dan iman orang-orang yang dijajah, akhirnya menjajah hati-hati penjajah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia di mana bangsa yang menjajah telah menganut agama bangsa yang dijajahinya sendiri. Tidak terdapat suatu dokumentasi sejarah yang mencatatkan insiden ini melainkan di dalam sejarah Islam. Orang-orang Mongol yang dahulunya merupakan suku bangsa dari Asia Barat yang liar dan ganas, akhirnya menjadi penganut Islam yang setia berubah akhlak dan peribadinya kepada bangsa yang bertamadun melalui akidah Islam yang dianuti. Mereka bergerak membawa dan menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk dunia.

KESIMPULAN

Sekalipun pemerintahan Islam itu di ambang kejatuhan dan kelemahan, biasanya mereka masih dapat bertahan melainkan setelah musuh Islam melancarkan serangan ideologi yang tercetus daripada teori dan gagasan memisahkan urusan agama dengan dunia kesan daripada Revolusi Eropah. Namun, jika sesuatu bangsa yang bertamadun hanya disebabkan oleh harta dan kekayaan dunia, ia tidak akan kekal yang akhirnya akan jatuh jua dan akan merendahkan martabat manusia itu sendiri. Sebagai kesimpulan, suatu bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang menganut Islam dan menjalankan syariatnya serta kebaikan dan keadilan di dalamnya. Maka, penjajahan itu bukan selamanya dilihat sebagai negatif selagimana uslub, manhaj dan matlamatnya hanya untuk Islam.

Buatlah Sesuatu Untuk Islam

Sesungguhnya situasi ini sangat memedihkan bagi hati-hati muslim, yang bekerja untuk agamanya, dan memahami firman Allah

" Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka."
(Al-Nur: 55)

Sampai bila musuh-musuh sentiasa menyembelih, merampas dan membunuh, dan respon kita hanyalah sekadar kutukan-kutukan kemarahan, sedikit sumbangan duit, atau hanyalah mengikuti berita-berita di telivisyen dan surat-surat khabar. Kemudian respon itu pun mereda, dan digantikan dengan futur dan kelemahan, dan kita sekali lagi kembali melakukan kerja-kerja peribadi dan kepada dunia yang fana ini, kepada tidur yang nyenyak. Tidur ini akan berterusan sehinggalah apabila musuh sekali lagi melakukan keganasan, lalu kita sekali lagi respon dengan kemarahan seperti sebelum.. dan begitulah seterusnya.

Kita mesti berfikir! Respon kita mestilah yang berstrategi panjang, strategi yang bertujuan menaikkan kalimah Allah di muka bumi dan memartabatkan islam di seluruh dunia. Ini semua dengan tujuan meraih salah satu dari dua kebaikan, sama ada kemenangan ataupun mat syahid di jalan Allah.

Kita mungkin tertanya-tanya: kenapa semua ini hanya berlaku kepada orang-orang islam?! Jawabannya tentulah lebih diketahui oleh orang-orang islam sendiri sebelum diketahui oleh orang lain. Ini semua adalah kerana mereka telah merendahkan agama mereka, dan keredhaan mereka kepada kehidupan akhirat berbanding akhirat. Orang-orang islam ini menyerah kepada keadaan yang menghina oleh Negara-negara barat, tekanan yang bertujuan menjamin kemaslahatan mereka dan kemaslahatan yahudi semata.

Hasan Al-banna berkata: sesungguhnya umat yang mahir mencipta kematian dan mengetahui bagaimana mati secara mulia, Allah akan menganugerahkan kepadanya kehidupan yang mulia di dunia dan kenikmatan di akhirat. Tiada kelemahan yang telah menghina kita kecuali cinta dunia dan benci mati… Maka siapkan lah diri kamu untuk pekerjaan yang besar, dan sentiasa bersiap untuk mati nescaya kamu akan diberi kehidupan.

Kita harus ketahui bahawa umat islam sekarang hidup dalam suatu kondisi yang paling memalukan sepanjang sejarahnya. Umat ini sangat memerlukan kepada kesatuan saf, mengerahkan tenaga, keikhlasan dalam beramal, kesucian niat, mengumpulkan kemampuan-kemampuan , kekuatan, dan tenaga. Serta memanfaatkan semua itu untuk bersaha keluar dari bencana yang menimpanya. Harus diketahui bahawa umat ini dalam bahaya yang besar jika tidak mendapat perhatian Allah.

Sama-sama kita ingati titah Saidina Umar bin Khattab kepada rakyat Al-Quds sebelum dia kembali ke madinah selepas Islam Berjaya menawan kota itu. “wahai umat islam, sesungguhnya Allah telah menepati janjinya. Dia telah menolong kamu menentang musuh-musuh kamu, mewariskan negeri-negeri ini kepada kamu dan menjadikan kamu berkuasa di mukan bumi. Janganlah kamu membalasnya kecuali dengan kesyukuran. Jauhilah kemaksiatan kerana kemaksiatan ialah kufur dengan nikmat. Tiada suatu kaum yang kufur dengan nikmat kemudian mereka tidak bertaubat, kecuali Allah akan merentap kemuliaan mereka dan menaklukkan musuh ke atas mereka.”

Apakah yang telah kita lakukan untuk menjadikan Allah redha dengan kita? dan seterusnya menguatkan kita, membantu kita, dan mewariskan dunia ini kepada kita agar dunia ini ditadbir dengan keadilan, kasih sayang dan kerahmatan.

Kewajipan yang banyak..
Mari bersama-sama kita mencatit apa yang kita mampu lakukan untuk islam kita, setiap orang sekadar kemampuannya.

Hasan al-Banna telah menyebut banyak kewajipan seorang pemuda islam, yang mampu kita lakukan. Antaranya:

1. Memperbaharui perjanjian dengan Allah azza wajalla untuk kita bekerja unutk islam sehingga berjaya atau beroleh syahadah (syahid)

2. Sentiasa muroqobatullah dan mengikhlaskan niat dalam semua amalan

3. Sentiasa memperbaharui taubat dan istighfar, membebaskan diri dari dosa-dosa kecil lebih-lebih lagi dosa besar, dan bersikap wara’ dalam perkara syubhat supaya tidak terjatuh dalam perkara haram.

4. Memperbaiki bacaan Al-Quran dan mentadabburi makna-maknanya, mengkaji sirah nabi, sejarah-sejarah salaf (orang-orang terdahulu) semampu mungkin. Juga mempelajari asas-asas akidah, cabang-cabang hokum dan rahsia-rahsia syari’ah.

5. Sentiasa melawan nafsu dengan keras agar mudah mengawalnya, menundukkan pandanganmu, dan mengawal perasaan dan syahwat dalam dirimu serta membawanya kepada perkara halal dan menghalanginya dari perkara haram walau sedikit.

6. Memperbaiki solatmu dengan sentiasa menunaikannya di awal waktu di masjid secara berjamaah sekadar kamu mampu.

7. Berpuasa ramadhan dengan sebaiknya.

8. Sentiasalah berdoa dan jadikan lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah.

9. Amar makruf dan menegah kemungkaran.

10. Sentiasa berniat untuk berjihad, dan membuat persediaan untuknya semampumu.

11. Membiasakan diri dengan sejenis riadah walaupun berjalan

12. Sentiasa memastikan setiap kerja dilakukan secara sempurna dari segi kualiti, kegigihan , tidak menipu dan menepati waktu.

13. Sentiasa bercakap benar, tidak sekali-kali menipu. Mempunyai kemahuan yang kuat, tidak sekali-kali ragu.. Menepati janji, tidak memungkiri janji dalam apa jua keadaan.

14. Bersikap berani, sanggup menanggung beban. Sebaik-baik keberanian adalah berterus-terang dalam perkara yang hak, menyembunyikan rahsia, mengaku jika tersalah, bersikap adil dan mengawal hati ketika marah.

15. Mendidik anak kamu dengan didikan islam yang benar dan seimbang. Supaya mereka menjadi murni akidahnya, betul ibadahnya, baik akhlaknya, berfikiran luas, kuat badannya, memberi manfaat kepada orang lain, dan menjaga waktu.

16. Memboikot produk-produk amerika dan yahudi. Sebaliknya menyokong produk-produk dan syarikat-syarikat ekonomi orang-orang islam, dan sentiasa memastikan duitmu tidak jatuh kecuali dalam tangan saudaramu walau dalam apa jua keadaan. Janganlah memakai dan makan kecuali dari hasil negeri islam.

17. Kenali musuhmu dan kaji peribadinya sebaik mungkin

18. Sentiasa aktif dan terlatih dalam melakukan khidmat masyarakat, sehingga merasa bahagia jika kamu dapat berkhidmat kepada orang lain, menziarahi pesakit, menenangkan orang susah walau dengan perkataan yang baik, dan sentiasa memberi khidmat dan sumbangan.

19. Jagalah anak yatim, lindungilah perempuan, jalinlah silaturrahmi, maafkanlah orang yang menzalimimu, damaikanlah antara dua pihak, ajarlah orang yang jahil, dan siapkanlah seorang pejuang.

20. Kamu mesti ketahui bagaimana menuntut hak kamu, dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak kurang sebelum mereka menuntutnya, dan janganlah melambat bayar hutang.

21. Berusaha sekadar kemampuan untuk menghidupkan budaya-budaya islam dan memerangi budaya luar dalam semua aspek kehidupan contohnya dalam aspek memberi salam, bahasa, sejarah, pakaian, waktu bekerja dan lain-lain.

22. Memberikan sumbangan untuk menyebarkan islam di semua tempat, menunaikan zakat yang wajib dari hartamu, dan mengkhususkan sebahagian untuk peminta sedekah dan orang miskin

Luahan hati aktivis dakwah: Allahyarham DR. Fathi Yakan Rahimahullah

Selasa, 30 Jun 2009

MEMELIHARA HATI DARI SIFAT RIYA’

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya pertama-tama orang yang diputuskan - diperiksa ketika diadakan hisab - pada hari kiamat ialah seseorang lelaki yang mati syahid - mati dalam peperangan fi-sabilillah. Orang itu didatangkan, lalu diperlihatkanlah kepadanya akan kenikmatan yang akan dimilikinya, kemudian ia pun dapat melihatnya pula. Allah berfirman: "Apakah yang engkau amalkan sehingga dapat memperolehi kenikmatan-kenikmatan itu?" Orang itu menjawab: "Saya berperang untuk membela agamaMu ya Tuhan sehingga saya terbunuh dan mati syahid." Allah berfirman: "Engkau berdusta tetapi sebenarnya engkau berperang itu ialah supaya engkau dikatakan sebagai seorang yang berani dan memang engkau sudah dikatakan sedemikian itu." Orang itu lalu disuruh minggir, kemudian diseret atas mukanya sehingga dilemparkan ke dalam api neraka. Selanjutnya ialah seorang lelaki yang belajar sesuatu ilmu agama dan mengajarkannya serta membaca al-Quran, ia didatangkan, lalu diperlihatkanlah padanya kenikmatan-kenikmatan yang dapat diperolehnya dan ia juga dapat melihatnya. Allah berfirman: "Apakah amalan yang sudah engkau kerjakan sehingga engkau dapat memperolehi kenikmatan-kenikmatan itu?" Orang itu menjawab: "Saya belajar sesuatu ilmu dan saya pun mengajarkannya, juga saya membaca al-Quran untuk mengharapkan keredhaanMu." Kemudian Allah berfirman: "Engkau berdusta, tetapi sesungguhnya engkau belajar ilmu itu supaya engkau dikatakan sebagai seorang yang alim, juga engkau membaca al-Quran itu supaya engkau dikatakan sebagai seorang pandai dalam membaca al-Quran dan memang engkau telah dikatakan sedemikian itu. Selanjutnya orang itu disuruh minggir dan diseret atas mukanya sehingga dilemparkanlah ia ke dalam api neraka. Ada pula seorang lelaki yang telah dikurnia kelapangan hidup oleh Allah dan pula diberi berbagai macam hartabenda. la didatangkan lalu diperlihatkanlah padanya kenikmatan-kenikmatan yang dapat diperolehinya dan ia juga dapat melihatnya itu. Allah berfirman: "Apakah amalan yang sudah engkau lakukan sehingga dapat memperolehi kenikmatan-kenikmatan itu?" la menjawab: "Tiada suatu jalanpun yang Engkau cinta kalau jalan itu diberikan nafkah, melainkan saya pun menafkahkan harta saya untuk jalan tadi karena mengharapkan keredhaanMu." Allah berfirman: "Engkau berdusta, tetapi engkau telah mengerjakan yang sedemikian itu supaya dikatakan: "Orang itu amat dermawan sekali" dan memang sudah dikatakan sedemikian itu." Orang itu lalu disuruh minggir terus diseret atas mukanya sehingga dilemparkanlah ia ke dalam api neraka." (Riwayat Muslim)
Di antara syarat amal soleh ialah bila amal tersebut bersih dari riya’ dan sesuai dengan sunnah. Orang yang menjalankan ibadah dengan tujuan agar dilihat orang lain, maka ia telah melakukan syrik kecil dan amalnya sia-sia seperti orang yang mendirikan solat dengan tujuan agar dilihat orang lain.

Allah swt berfirman dalam surah An Nisa’ ayat 142 yang bermaksud :
“sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat , mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sahaja.
Demikian pula jika ia beramal lalu merasa senang bila beritanya tersebar dan didengar orang lain, maka ia telah terjerumus dalam syirik. Terdapat ancaman bagi orang yang melakukan hal itu. Sebagaimana disebut dalam hadis marfu’ dari Ibnu Abbas r.a : “Barangsiapa memperdengarkan amalannya kepada orang lain , maka Allah akan memperdengarkannya dan barangsiapa memperlihatkan amalannya kepada orang lain, maka Allah akan memperlihatkannya tanpa mendapatkan pahala.”
Barangsiapa yang beribadah dengan niat untuk Allah dan orang lain, maka ibadah itu sia-sia. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud : “Aku adalah yang paling tidak perlukan persekutuan, barangsiapa yang mempersekutukan aku dengan yang lain dalam amalannya, maka aku tinggalkannya (tidak memperdulikannya) dan sekutunya itu.”
Sesiapa beramal denga niat kerana Allah lalu muncul riya’ di tengah amalnya, bila ia benci dan berusaha untuk mengusirnya maka amalnya dikira sah. Tetapi bila ia tidak merasa terganggu atau tenang dengannya, maka kebanyakkan ulama’ menyatakan amalannya rosak dan tidak diterima.
Justeru itu, marilah sama-sama kita menginsafi diri kita tentang amalan kita selama ini. Sedangkan setiap hari kita tidak lari dari hasutan syaitan dan nafsu yang cuba memalingkan hati kita dari petunjukNya..sentiasalah muhasabah diri dengan sentiasa berusaha membuat kebaikan dengan mengharap redha Allah. Utamakanlah redha Allah daripada redha manusia..kenangkan pembalasan hari akhirat…sesungguhnya dunia ini tempat beramal dan mengumpul bekalan.. di akhirat nanti tiada lagi masa untuk beramal…bersediakan kita menjawab persoalan yang bakal dipersoalkan kelak… Ya ilahi anta maksudi wa redhaka matluubi..Rabbi Yassir wala tu’assir…mudah-mudahan Allah menetapkan hati kita di atas jalan yang benar dan menerima amalan kita serta memasukkan kita kalangan Almukhlisin…wassalam.

Jumaat, 19 Jun 2009

Catatan seorang musafir…

Pemandangan sekitar Dimasyq

Puncak menara telah ku daki, Jabal Qossium telah ku tawan dan bumi Syria telah ku jelajahi namun ketenangan hari ini sudah tidak seperti tahun-tahun sebelum ini…dulu Syria indah bukan sahaja di mata malah di hati dan pandangan athma ku..jauh di lubuk hati jundi sangat mengkagumi bumi peninggalan para anbiyak ini yang buminya tidak pernah kering dari tanah subur barakah,yang desanya penuh damai dan menggamit sejuta ketenangan abadi..kota bandarnya yang tidak zahmah seperti negara lain,di sini aku mengecap cinta yang luar biasa dari orang-oarng yang luar biasa, terus terang sungguh bumi Damascus ini terkenal dengan khazanah ilmu yang hidup segar di melata jamik dan bayt-bayt asatizah. Tidak pernah kontang biar penghuninya bertukar ganti dan pergi…usianya kian mengjangkau tua , kota-kota lama diperbaharui semula, setiap tahun jundi akan melawati kota-kota bersejarah ini dari busro,nawa,homs,hama,halab dan lain-lain lagi termasuk makam-makan para sahabat dan srikandi pejuang terdahulu. Itu catatan Perjalanan jundi empat tahun yang lalu…malah jundi tak pernah terfikir bahawa kehidupan di sini sungguh berbeza dengan kehidupan di tanah air sendiri..tidak tergambar bahawa Syria sebuah Negara yang kaya dengan ulamak dan masyaikh-masyaeikh hebat sehinggalah jundi benar-benar berada di dunia ini menghirup dan bernafas dengan udara jauh lebih baik dari Malaysia..bahkan sehingga kini Syria tetap menjadi pujaan hatiku biarpun hari ini tidak seperti kelmarin lagi…benar hanya mereka yang menghayati nikmatnya sebuah anugerah ‘pengembaraan ilmu’ ini akan merasai bahawa Syria adalah pilihan terbaik meskipun ujian dan mehnah tribulasi begitu payah dan getir sekali…hidup sebagai perantau memanglah tidak seenak bermukim di rumah sendiri..segalanya lengkap dan mudah diperolehi…hanya orang yang berjiwa kental dan sanggup bersusah payah untuk mencari hidayahNya akan kesampaian ke puncak destinasi. Jundi mengakui corak hidup Syria kini tidak seperti dulu lagi, penghuni Syria sekarang juga berlainan lebih-lebih lagi warga Malaysia yang silih berganti pulang dan datang saban tahun Syria menerima kunjungan terhormat tetamu-tetamu dari luar dan dalam…apa yang ingin jundi nyatakan perubahan Syria hari ini meruntum kesabaran dan menagih kekuatan bahawa cabaran dan rintangan hari ini sudah tidak sama lagi dengan dua tiga tahun yang lalu. kita semua maklum punca keangkuhan kuasa barat dan musuh-musuh islam dengan konflik peperangan dan terrorist semua umat islam menjadi mangsa kerakusan mereka. Kita yang hanya golongan kecil ini pun digeruni dan dibimbangi..itu kisah panjang yang tak mampu jundi huraikan dalam ruang yang terbatas ini..Cuma jundi ingin lontarkan di sini buat pejuang kebenaran yang ikhlas dalam menuntut ilmu janganlah jadikan perubahan yang dialami ini sebagai satu alas an untuk kita hentikan langkah di sini. Peluang mengaut ilmu sangat luas jika kita benar-benar mahukannya. Cubalah jadikan anda sebagai warga Syria yang sayang pada tanah airnya bukan kerana tempat kelahirannya tetapi kerana bumi ini penuh khazanah berharga warisan terulung yang sukar dicari ganti,galilah khazazah ini dengan penuh tekun dan sabar serta tanamkan pula harapan dan impian anda khususnya kepada sahabat-sahabat,adik-adik jundi yang masih menuntut tika ini.. kerana jundi telah melewati waktu.. dan batas masa yang terlalu singkat ini bakal berakhir buat jundi di sini..kerana jundi hanyalah seorang musafir yang berkelana di bumi hidayah ini singgah berteduh sesudah habis tempohnya tibalah masa jundi berangkat pergi meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi…semoga kalianlah generasi yang akan meneruskan perjuangan generasi-generasi terdahulu agar warisan ini tidak luntur dengan semangat baru kalian…teruskan menggali muga bertemu apa yang dicari…salam juang!

Dimasyq Di hatiku...

Selasa, 9 Jun 2009

Tahniah buat pejuang-pejuangku…

Alhamdulillah dalam kesibukan jundi di rantauan syam ini masih sempat diberi kelapangan untuk mengikuti isu-isu semasa dan perkembangan semasa dunia Malaysia sana. Sememangnya itulah yang menjadi kewajipan seorang mukmin yang mengaku dan beriman dengan Allah dan RasulNya tidak akan mengabaikan saudaranya walau di mana jua berada sebagaimana sabda Nabi saw yang bersabda ; “Barangsiapa yang tidak mengambil berat perihal saudaranya maka dia bukan dari kalanganku”. Oleh itu walau sesibuk manapun jundi tetap akan cuba mencuri masa untuk pergi ke cc memenuhi kewajipan ini meskipun hanya sekadar membaca dan mengikuti perkembangan yang berlaku namun bagi jundi cukup bermakna kerana itu sahaja saluran yang ada untuk menambah koleksi minda dan paling kurang menambah semangat untuk jundi terus mempersiapkan diri ke medan getir nanti. Ya perjuangan mereka sungguh getir dan mencabar memerlukan kekuatan yang padu dan kemahuan jua kesediaan yang mantap kerana menyedari tanggungjawab yang terpikul dipundak mereka bakal digalas oleh generasi-generasi baru seperti jundi. Jundi bercita-cita untuk menjejaki jejak langkah pejuang-pejuang yang gigih berjuang yang tidak gentar dengan cabaran, yang tinggi istiqamahnya, teguh pendiriannya, hebat berhujah dan sanggup berkorban demi meraih redha Allah dan berlumba-lumba untuk mati syahid di jalan Allah. Ya itulah kekuatan seorang pejuang yang tidak boleh ditandingi malah merekalah golongan yang akan mengubah dunia Islam di abad ke 21 ini. Ingatlah abad ke 19 adalah abad komunisme, abad ke 20 adalah abad kapitalisme dan abad ke21 adalah abad kemenangan Islam.!

Penggerak Generasi baru dunia Islam



Menggalas tanggungjawab yang kian mencabar....


Menyentuh mengenai muktamar PAS pusat yang berlangsung pada kali ke-55 ini, tahniah dan Mubarak diucapkan kepada semua yang telah memenangi dalam pemilihan tersebut. Semoga organisasi pemilihan baru ini lebih konsisten dan mampu membawa perubahan kepada parti dan rakyat. Jundi merasa bersyukur kerana PAS sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia sudah mencapai tahap kematangannya dan telah Berjaya membuka mata hati rakyat baik kalangan islam mahupun bukan islam. Inilah bukti kesabaran dan keunggulan prinsip perjuangan PAS mendaulatkan Islam ke persada dunia. Sesungguhnya islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya..namun di sebalik kejayaan ini , bukanlah boleh dibanggakan lagi kerana PAS belum mencapai kejayaan yang sepenuhnya..masih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Masih banyak halangan dan rintangan yang akan dihadapi dan masih banyak tenaga yang perlu dikerahkan kerana perjuangan itu tidak mudah dan amat pahit tetapi yakinlah Allah tetap bersama orang-orang ikhlas berjuang demi agamaNya. Jundi berdoa agar dipanjangkan umur jundi untuk berbakti dan berjuang dalam gerakan ini insyaAllah…untuk akhirnya marilah sama-sama kita renungi akan Firman Allah swt yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu merasa lemah dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam, dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang akan menimpa kamu, padahal kamulah orang-orang tertinggi mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan jika kamu orang –orang yang sungguh-sungguh beriman. Jika kamu dalam peperangan uhud mendapat luka tercedera, maka sesungguhnya kaum musyrik yang mencerobohi kamu telah tercedera juga dan mendapat luka yang sama dalam peperangan Badar. Dan demikian ltulah keadaan hari-hari dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan, kami gilirkan dia antara sesama manusia supaya menjadi pengajaran dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman dan yang sebaliknya, dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan ingatlah Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” (Al Imran : 139-140)

"Tiada kerehatan bagi seorang pejuang melainkan bertemu ilahi..."

Mencari cintaNya di ufuk pengharapan….

Salam imtihan buat sahabat,adik-adik seperjuanganku semua mudah-mudahan terus diberi kekuatan untuk berjuang di medan pena berbekalkan usaha,doa dan tawakal kepadaNYa…bila menyentuh tentang imtihan teringat tentang diri jundi tatkala berhadapan dengan ujian. selagi bergelar pelajar selagi itu tak lepas dari imtihan. Kini jundi dah bergelar khirrijah dari Mujamma’ Abu Nour yang baru sahaja tamat sesi lepas. Saat ini rindu pulak nak berimtihan yelah tahu-tahu jerlah time imtihan ni banyak ragamnya…dari awal hari periksa sampailah ke hari terakhir, rasenye tahap kemalasan jundi paling teruk nak diukur dengan teman-teman serumah…tapi jundi memang suka periksa ni…sebab suka benda-benda yang mencabar dan suka menguji diri dengan ilmu yang sedikit ini adakah mampu untuk jundi bawa ke medan periksa nanti…kalau time semangat memang tak boleh dihalang semangat gila jundi sebab jundi susah nak jadi rajin tapi kalu dah rajin jundi akan cuba buat yang terbaik..itu kenangan waktu periksa sampai sekarang rindu sangat nak periksa…ntahlah hanya diriku yang mengerti apa yang dinamakan ‘rindu’. Ala kulli hal buat sahabat,kakakku,dan rakan-rakan seperjuangan rancakkan lagi larian kalian…jangan ulangi kelemahan semalam…anda masih belum terlambat untuk meraih kejayaan dan kecemerlangan..pilihan ditangan anda! Buat mereka yang mengaji di maahad fatah mungkin dah prepare untuk daur thani…dalam tinjauan jundi baru-baru ni rata-rata menyatakan ade daur thani…kata orang kalu takde daur thani tak sah periksa…macam-macamlah tak boleh jugak macam tu..selagi kita mampu berusaha lakukanlah yang terbaik dan tanamlah impian untuk sifar dari daur thani. Kerana apa yang kita fikirkan itulah diri kita..bersangka baiklah walaupun kadang-kadang usaha kita tak seberapa, kadang-kadang semangat kita turun naik, walaupun percubaan demi percubaan telah kita lakukan tetapi itu bukan jalan tengah untuk kita mengalah dari terus berusaha…as you sow so will you reap!

Di samping kita berusaha janganlah diabaikan sembahyang sunat hajat dan kalu boleh bangkitlah di malam hari paling kurang dua rakaat sunat tahajud. Kejayaan itu terletak pada kekuatan rohani kita dan janganlah diabaikan makan minum kita dalam fatrah imtihan kerana ia boleh memberi kesan pada peperiksaan kita. apapun terpulang pada diri masing-masing kerana anda lebih mengenali diri anda sendiri. Apa yang penting tanamlah niat yang ikhlas dalam menghadapi peperiksaan ini dengan mencari redhaNya dan hidayahNya muga ilmu yang dihadam akan kekal dan dapat diamalkan seterusnya disampaikan kepada masyarakat nanti..bersama-samalah kita memantapkan diri kita dengan meletakkan pengharapan yang jitu dalam mencari cintaNya muga anda mencapai impian yang diimpikan dan semoga kejayaan kalian menjadi kebangaan kepada Islam dan Ummat keseluruhannya…ganbate kudasai!