Selasa, 22 Jun 2010

Mendamba rahmat-NYA..


INGATKAN DIRIMU AKAN SYURGA YANG LUASNYA SELUAS LANGIT DAN BUMI

Apabila Anda lapar dinegeri ini, atau fakir, sedih, sakit, terampas hakmu, atau merasakan kezaliman, maka ingatkan diri Anda akan kenikmatan, kesukaan, kesenangan, kebahagian dan keabdian di Syurga penuh kenikmatan.Apabila Anda meyakini AQIDAH ini dan berbuat untuk tujuan ini, maka berbagai kerugianmu akan berubah menjadi keuntungan, dan berbagai musibahmu menjadi anugerah. Orang yang paling cerdas adalah orang yang beramal untuk akhirat. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang yang melihat bahawa dunia ini adalah negeri, tempat menetap, dan puncak tujuan mereka. Kerana itu Anda mendapati mereka orang yang paling takut menghadapi musibah, dan paling besar penyesalannya terhadap berbagai bencana, kerana mereka tidak melihat selain kehidupan mereka yang hina. Mereka tidak melihat selain dunia yang fana ini. Mereka tidak berfikir selainnya dan tidak berbuat untuk selainnya. Mereka tidak ingin kesenangan dan kebahagiaan mereka terganggu. Seandainya mereka membersihkan karat yang menutupi hati mereka, dan tabir kebodohan yang menutupi mata mereka, nescaya mereka menyeru jiwa mereka untuk menggapai negeri keabdian, kenikmatannya, rumah-rumahnya dan istana-istananya. Dan pasti mereka mendengar perintah wahyu yang menggambarkan syurga. Demi Allah, itulah negeri yang berhak diperhatikan dan diperjuangkan.Apakah kita pernah merenung lama tentang gambaran penghuni syurga bahawa mereka tidak sakit, tidak sedih, tidak mati, tidak hilang masa muda mereka, tidak usang pakaian mereka, di bilik-bilik yang bahagian luarnya tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar ? Di dalam syurga terdapat apa yang tidak pernah terlihat mata, tidak pernah terdengar telinga, dan tidak terdetik di hati manusia. Seorang pengembara berjalan di naungan salah satu pohonya selama seratus tahun tanpa boleh mencapai hujunnya.Panjang tenda di dalam syurga enam puluh mil. Sungai-sungainya tidak berhenti mengalir, istana-istananya menjulang tinggi, buah-buahnya sangat dekat, mata airnya memancar, tempat tidurnya ditinggikan, cawan-cawanya diletakkan sangat dekat, bantal-bantal sandaranya tersusun rapi, bidadari-bidadari yang bebas dari haidh, nifas dan sebagainya, dan permaidani-permaidaninya terhampar. Lengkap kesenangannya, dan sangat besar kebahagiaannya. Itulah puncak tujuan. Mengapa akal kita tidak berfikir dan mengapa kita tidak merenung ?Apabila tujuan akhirnya adalah negeri ini, maka hendaklah segala musibah yang menimpa menjadi ringan, dan hati orang yang susah menjadi senang.Wahai orang yang dirundang kefakiran, dan yang ditimpa musibah, lakukanlah amal salih agar kalian menghuni Syurga Allah swt dan berada disisinya.
Firman Allah swt :سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
( Sambil mengucapkan ) : "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu.(Ar-R'ad 24)
اللهم اغفر لنا خطيئاتنا، وجهلنا، وإسرافنا في أمرنا اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار
Dr Aidh Al-Qarni - La Tahzan.

Khamis, 3 Jun 2010

Suara Wanita : Cabaran Muslimah hari Ini


Dengan nama Allah Yang maha pengasih lagi Maha Penyayang…


Sengaja saya lewatkan catatan ini agar perkongsian ini tidak berbaur emosi dan perasaan marah yang melaknatkan diri. Sekadar luahan yang terbuku dari hati-hati yang cintakan Islam dan mahu menegakkan keadilan di celah kekeliruan yang sedang meresapi pemikiran umat hari ini. dalam sedutan tulisan lalu saya merakamkan penghargaan dan rasa bertuah dapat menyertai Karnival Aura ungu (KAU) meskipun di sana ada kisah yang menyayat hati.
Bukan kerana kemalangan jiwa tapi kehilangan nilai fahaman yang teguh terhadap agama dan ketirisan akhlak dalam menyampaikan hujjah terhadap ilmu yang disampaikan. Saya bukan nak mengungkit atau memburukkan seseorang tetapi ingin menegakkan yang hak dan membetulkan kesilapan juga menolak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Terus terang dalam program yang julung-julung kalinya di adakan sudah semestinya banyak berlaku kekurangan dan kelemahan..namun sebelum kita mengakui kelemahan itu kita seharusnya membuktikan dan berusaha buat yang terbaik..menyentuh ketidakpuasan saya dan teman-teman dalam program ini bukannya pada perjalanan atau isi kandungan atur caranya, tetapi berkaitan dengan hukum dan pendirian nisa’ dalam menentukan suara wanita di hadapan lelaki.
Pada awalnya sangkaan kami nisa’ mampu mencipta aroma baru dalam dakwah nyanyian yang akan menampilkan cirri-ciri islamik dan menonjolkan keterbukaan di samping teguh menjaga batas-batas agama dan tidak ada kontroversi yang memungkinkan sebarang kekalutan berlaku. Malangnya ketika kami sampai agak terkujatlah bilamana melihat ramai kakitangan teknikal dari lelaki. Soundman dan tukang-tukang yang lain buat kami tidak sedap hati dan rasa bersalah. Ini kerana pada peringkat negeri kami bukan main lagi kawalan cukup berjaga-jaga dan tidak ada seorang lelaki pon yang terlibat. Bukan mudah sebenarnya nak menuntut agar dewan ini dipenuhi dengan wanita sahaja namun Alhamdulillah akhirnya pak cik yang bertugas di situ memahami kemahuan kami. Tiba-tiba bila sampai di shah alam kami diuji dengan perkara-perkara sebegini..dengan masalah teknikal yang tidak selesai cukup lemah rasenya untuk mencapai target yang kita harapkan. Walaupun majlis tetap berjalan tapi rata-rata peserta kurang berpuas hati..kami cuba untuk memohon agar tidak ada kaum lelaki yang akan berada di dalam dewan ketika pertandingan nanti, namun setelah bertemu dengan pihak atasan nisa’ kami diberitahu bahawa mereka menghadapi masalah tidak ada yang tenaga mahir dari wanita dan beberapa maslaah teknikal yang lain. Yang menyedihkan lagi bila mereka mengambil mudah perkara ini dan mengganggap ianya tidak menjadi sebarang permasalahan dan telah merujuk ustaz-ustaz dalam hal ini. Bagi saya alasan itu tidak konkrik untuk dipakai kerana program ini dirancang dalam tempoh yang panjang dan masih sempat mencari tenaga-tenaga yang mahir tanpa menggunakan kaum adam. Malangnya nasi sudah menjadi bubur ..kita masih tidak serius bekerja..tidak masak dalam perbincangan..sekurang-kurangnya mengurangkan risiko yang ada. Kalau di negeri-negeri yang lain kita boleh monopoli semuanya kenapa di peringkat pusat kita lemah dalam pengurusan..satu muhasabah yang perlu dinilai semula..apa yang lebih menyedihkan kami ialah persoalan-persoalan kami telah menimbulkan satu sentimen yang tidak sihat sehingga pada malam tersebut kami dihidang dengan sedikit tazkirah atau ceramah ringkas seorang ust..rupa-rupanya ceramah itu seolah-olah membidas kami dan menjawab segala persoalan kami sebelum ini…apa yang ingin saya nyatakan dengan hiba kami dianggap golongan yang jumud dan tidak terbuka..layak berada dalam jemaah tasauf dan perlu melihat perkembangan zaman semasa hari ini. Bagi ustaz ini kalau boleh mahu mengajak lelaki turut sama dalam konsert kau ini atas dasar keterbukaaan ruang dakwah hari ini yang perlu mengikut rentak zaman dan tidak terlalu menyekat sehingga orang lain lari dari kita. Beberapa hujjah dikemukakan tanpa penjelasan yang jelas tentang hadis-hadis yang disebut serta beberapa pendapat yang semuanya condong ke arah tidak ada halangan langsung suara wanita pada khalayak ramai khususnya di hadapan lelaki asalkan dakwah Islam itu sampai dan orang boleh menerima kita dengan sikap keterbukaan kita itu..tambahannya lagi kita tidak boleh terlalu keras dan tidak terlalu longgar..semua hujjah yang dikemukan jelas berat sebelah..kami dengan rasa sedih yang amat tidak mampu melawan angin yang kuat tanpa sokongan dan simpati orang lain..apakah kami ini terlalu jumud sehingga dilihat sebagai tertutup dalam menerima pandangan mereka..sungguh silap tafsiran mereka..bahkan telah mengelirukan ramai orang yang hadir..di manakah kebebasan sebenar yang Islam bagi dan sejauhmana kita perlu yakin dan percaya bahawa Islam tidak pernah menyekat kebebasan dan menghalang umatnya berhibur..namun awas setiap kebebasan ada batasnya….jangan terlalu prejudis mahupun melontar tuduhan serta menghukum orang lain tanpa melihat asal usul perkara tersebut dan mengkaji dengan lebih mendalam akan keharusan suara wanita itu dalam nyanyian dan berpencak di pentas. Bukankah kaedah menyebut menolak kemudaratan itu perlu didahulukan daripada memperolehi kemaslahatan…
Sahabat-sahabiah yang dikasihi Allah…

Ulamak bersepakat bahawa asal suara wanita itu bukanlah aurat. Namun jangan kita lupa bahawa wanita itu adalah fitnah yang paling besar bagi lelaki. Jika sekiranya suara itu membawa kepada perkara yang haram maka hukumnya jelas tidak boleh. Apatah lagi jika dilembutkan dan dilenggokkan..dengan wajah yang cantik dengan solekan , pakaian yang menarik pandangan saya melihat itu sudah cukup menggongcangkan hati lelaki…adakah keharusan dakwah masih relevan di saat iman manusia sudah terhakis dan naluri fitrah yang bergelora dengan nafsu…saya yakin dakwah itu akan bertukar kepada dakyat yang akan mencoreng wajah-wajah Islam itu sendiri. Inilah fahaman islam liberal yang sedang meresapi pemikiran generasi hari ini tanpa mereka sedari…saya tidak hairan jika kalangan ustaz sebegini melontarkan pandangan yang terang-terangan membuka pintu-pintu fitnah dan meruntuhkan keizzahan Islam. Kenapa Islam perlu mengikut zaman dan kemahuan manusia…benar kita tidak boleh terlalu keras dalam agama dan tidak boleh terlalu bermudah-mudah..kita dituntut untuk bersederhana..Islam itu agama yang muktadil, wasathiah iaitu sederhana. Jika ada perkara yang boleh membawa kerosakan maka kaedah usul fiqh menyebut mencegah itu lebih baik daripada merawat..untuk menjelaskan lagi hal ini saya ingin anda baca artikel yang ditulis oleh ust zaharuddin dengan hujjah yang bernas dan dalil-dalil yang thiqah…renungilah..
Bolehkah Wanita Berdakwah
Melalui Nashed
?
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)

Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.

Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hambali menganggap suara wanita bukanlah aurat.
Berubah Menjadi Aurat

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.


Inilah perbincangan saya.

Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya
" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.
"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga
"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.
Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.

Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.

Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.
Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.
Entah apa yang merasuk mereka..
Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :
"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"
"siswi mana" tanya saya
"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu
Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan

Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?

Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.

Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-

1) Ingin Menegur Imam semasa solat,

Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه
وإنما التصفيق للنساء

Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan

Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)

Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )

3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)

Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )

4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )

Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.

Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.
Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.

Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
Daripada perbahasan di atas sudah terjawab rasanya kekeliruan yang berlaku..Resolusi yang dapat saya simpulkan di sini bahawa tidak salah kita mengambil pendekatan yang mudah dan terbuka selagimana batas-batas syariat dipatuhi dan maslahat (kepentingan) itu melebihi kemudaratannya. Janganlah kita ghairah menarik sasarah dakwah sehingga kita menggadaikan prinsip syariat. Islam itu indah, Islam itu perlu dihayati dan diterjemahkan dalam diri kita dengan menjadikan ianya mudah dan sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Jangan kerana perubahan zaman kita terpaksa mengubah islam ke arah Islam yang serba boleh tanpa menghiraukan yang halal dan haram. Realisasikan keindahan islam dalam bentuk yang boleh difahami oleh semua orang bahawa setiap larangan dan suruhanNya adalah terkandung dalam pengetahuanNya yang sudah tentu bertujuan menjaga kepentingan dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Islam membenarkan kita berhibur dan berseronok melalui adab dan nilai-nilai murni yang menjaga dari segala aspek agar keluhuran dan kemurniaan Islam itu terpelihara dan tidak diresap dengan perkara-perkara syubuhat atau persamaan dengan agama-agama lain. Justeru itu, semoga apa yang ditulis ini menjadi muhasabah kita semua dalam memperjuangkan Islam dari sebarang tuduhan dan percampuran pemikiran liberal. Sama-samalah kita perbaiki tujuan dan matlamat kita dalam berdakwah. Adakah kita ingin mengajak orang kepada islam yang sebenar atau kita mahukan orang menerima kita sebagai golongan yang boleh bertepuk sama serta disukai kerana kita sama seperti mereka. Berhati-hatilah wahai para agamawan dalam mengeluarkan fatwa. Rujuklah pada ahlinya jangan mengikut logik akal semata-mata. Iza solahannas solahal ummah..wa iza fasadannas fasadal ummah…mohom maaf jika ada yang terasa dan jika ada kesilapan saya dalam penulisan ini mohon teguran dan harapan saya agar kesilapan ini tidak akan berulang..belajar dari kesilapan semoga terus dibekalkan kekuatan dan nusrahNya dalam berbakti untuk islam!

P/s : Sehingga ke hari ini enakmen di kelantan tidak membenarkan wanita muslimah terlibat dengan pertandingan tilawah Al Quran secara terbuka..bukankah tilawah itu amalan yang baik? Jadi cuba Tanya sendiri kenapa tok guru tak benarkan…inikan pula pertandingan nyanyian…tepuk dada tanya iman..