:: Dakwatuna ::

Jumaat, 6 September 2013

Meniti Zaman Yang Berliku...


Salam kehidupan setelah sekian lama menyepi dari dunia maya ini..bagai kehilangan pena setelah sekian lama tidak menulis dan mengisi mutiara kata di sini. Syukur Alhamdulillah daku panjatkan ke hadrat Rabbul Jalil atas nikmat kelapangan ini yang masih belum pasti adakah bisa lagi berpeluang untuk menaip lagi untuk seterusnya mudah-mudahan Allah memberi kudrat untukku meneruskan larian meskipun telah ketinggalan jauh di belakang ku cuba bangkit berlari ke depan mengejar impian yang belum selesai...doakan teman2..

Sedikit muqaddimah sebagai langkah memulakan nafas baru mencari semangat dan inspirasi buat tatapan pembaca jika tidak pun buat renungan diri yang sering alpa dengan duniawi..sesungguhnya perjalanan hidup ini tidak pasti di mana dan sampai bila penghujungnya apa yang pasti kematian itu akan menjemput kita yang akan mengakhiri segala persoalan dan penghujung nyawa itulah titik akhir kita untuk melangkah ke alam lain bertemu Tuhan sebagaimana janjiNya yang termaktub dalam Al Quran. sepanjang meniti zaman ini pelbagai peristiwa telah berlaku sehingga dunia sudah seakan nazak untuk menanggung semua bala dan musibah yang saban hari tidak mampu dibendung lagi..hanya iman dan taqwa menjadi perisai buat insan2 yang masih istiqamah di jalan dakwahnya..aku meniti zaman yang penuh berliku...mengharapkan nusrah dan kekuatan dariNya agar perjalanan sementara ini tidak terhenti di atas jalan kesesatan tetapi berada di landasan yang lurus berpandukan hidayah dan taufiqNya...Amin..

Jumaat, 5 Ogos 2011


Selamat menempuh Ramadan Mubarak...
Bersama merebut amal kebaikan selagi berpeluang meraihnya..
Bulan mendidik diri menjadi hamba yang bertaqwa padaNYA..
Tuhan pimpinlah kami menuju Redho-Mu..

Selasa, 5 Julai 2011

Syaaban :.. Bila Nur Melimpah ke hati...

BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.

• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.
• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
• Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.
• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:
”Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.
Baginda menjawab: ”Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa.”

Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.

Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Syaaban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.

Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.

Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.

Sebuah hadis lagi yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.

1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Rasulullah saw berpuasa dalam setahun sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung puasa Ramadan.

2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ”Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.

3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa bulan Syaaban kesemuanya.

Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.

Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ”Allah swt memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.

Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah swt sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ibadat pada malam Nisfu Syaaban:

1. Ibadat yang khusus dilakukan pada malam itu ialah:

2. Sembahyang lima waktu, sunat dan tahjud.

3. Membaca al-Quran. Kalau tidak boleh menghabiskan semuanya, sekurang-kurangnya membaca surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, al-Insan, al-Hashr, al-Muzammil dan surah al-Mudathir.

4. Banyak beristighfar kepada Allah.

5. Bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma’thur.

Sebenarnya tidak ada doa khusus untuk dibacakan pada Nisfu Syaaban. Kita mesti ingat bahawa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban:

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah:

• Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara’ bin Azib maksudnya: ”Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar. Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah.

Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Hikmah : Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Ahad, 12 Jun 2011

Nikmatnya Ujian-Mu

Assalamualaikum salam sejahtera buat teman-teman seperjuanganku yang tak jemu-jemu menziarahi blog ini..maafkanku kerana tak dapat meng 'update' warkah baru sebulan dua ini..agak keberatan untuk menulis ditambah dengan ujian yang bertimpa-timpa menguji diri ini..mungkinkah ini kafarah dosa-dosa yang kulakukan...Ya Allah ku syukuri atas ujian yang kau berikan padaku..tanpa ujianmu siapalah aku..insan yang sentiasa lalai dan alpa yang sering berbuat dosa. Teringat Pesanan Tuhan dalam kitabNya yang suci " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : 'kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

Diriwayatkan daripada Abu Said R.A katanya: " Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:" Setiap musibah yang ditimpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus kesalahan-kesalahannya."-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ya latif..Maha PengasihNya Allah kerna membekalkan kita setiap motivasi yang membangun jiwa, mengiringi kedamaian dan ketenangan tiap kali rasa gundah melanda jiwa, ketika kaki melangkah longlai dan tubuh lemah ini rebah, Dia hiburkan dengan azimat cintaNya yang tak dapat digapai dengan pancaindera kita..itulah yang ku alami dalam detik-detik penghujung yang bernama 'sakit'. Hampir dua minggu melayan karenah sendiri, demam biasa kata orang tapi luar biasa bagiku mungkin terlalu lama tak merasa sakit..tambahan cuaca yang tak menentu semuanya amat luar biasa..huhu..Alhamdulillah 'berkat' ujian ini ku tempuhi erti kesabaran dan memulihkan rasa kehambaan yang kian hilang...tanpa ujian manusia tidak akan bersyukur dengan apa yang ada, takkan menyelami hati-hati insan yang dalam ujian yang tak pernah surut..apatah lagi dekat dengan Tuhannya...inilah kehidupan tertulis setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan manusia takkan mati sebelum ajalnya jika dia menjadikan Allah sumber kekuatannya. Rabbuna wa Rabbul khaliqul alam..

Alhamdulillah hari ini, sesi persekolahan kembali semula..banyak kerja-kerja yang terbantut, gerakkerja Islam masih tersimpan dalam catatan buku..belum sempat dikemaskini dan diuruskan dengan lancar..insyaAllah sehari dua ni cuba bangkitkan semangat untuk tidak menyerah kalah pada ketidaklaratan itu..muge Allah sentiasa kuatkan hatiku dan teman-teman untuk melaksanakan misi dan tanggungawab jemaah. kepada sahabat seperjuanganku pohon maaf banyak-banyak tak dapat join program minggu lepas..insyaAllah program terdekat ni kita sama-sama pulun..doakan muga Allah berikan kesihatan dan mudahkan segala urusan kita..Amin.

Sabtu, 7 Mei 2011

Salam Imtihan

Peperangan sudah bermula seminggu yang lalu, namun belum terlambat untuk mengucapkan selamat berimtihan kepada semua sahabat seperjuangan dan adik-adikku termasuk anak didik di Maahad Darul Quran, Rusila. Dengan harapan semoga Allah taala memberi kemudahan dan ketenangan dalam menghadapi suka duka perjuangan di gelanggang jihadul ta'lim.

mengenang zaman ketika berimtihan sangat manis meskipun tidak lah cemerlang seperti orang lain, namun di situlah medan untuk menguji sejauhmana ilmu yang ditimba mampu dihuraikan dan diterbitkan dalam bentuk tulisan dan lisan kita. Ramai kalangan sahabat yang berjaya di alam belajar namun gagal di dunia realiti sebenar. Dan tak kurang juga yang gagal dalam pelajaran tetapi berjaya menempuh liku-liku kehidupan dengan jayanya. ini kerana ketika kita berada di alam kampus kehidupannya lebih tertumpu kepada bilik kuliah, rakan-rakan sekuliah, aktiviti-aktiviti sampingan dan program-program sekeliling kita, namun apa yang diperolehi di medan ilmu bertempoh itu tidak akan cukup untuk membuktikan kemampuan mereka menguasai dunia sebenar apabila keluar dari kelompok mereka.
hakikatnya seribu cabaran dan rintangan akan menghalangi setiap perjalanan kita akan datang setelah bergelar graduan. semua ini menunutut kepada persediaan yang mantap khususnya dari sudut ilmu.

Renungan bersama, belajar untuk mengajar dan dalam mengajar kita juga belajar. belajar untuk beramal dan menyampaikan pula kepada orang lain. Ingatlah imtihan bukan sekadar untuk lulus di atas kertas semata-mata, tetapi untuk menunaikan amanat yang lebih besar yang sedang menanti di hadapan. Terjemahkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amalan dan akhlak kita. kerana ketinggian ilmu itu terletak pada budi pekerti yang tinggi. kitalah pewaris ulamak dan pendokong perjuangan Islam pada abad ke 21 ini. tunaikanlah hasrat ummah dan realisasikan impian dan harapan Islam dalam diri kita semua...

selamat menjalani imtihan.. bittaufiq wannajah..

Sabtu, 23 April 2011

Up grade Perjuangan...

Awan juangku terus berarak menusuk ke setiap gerak langkahku bersemadi dalam jasad menghembus ke setiap anggota, menyemarakkan lagi semangat untuk terus menyambung tugasan yang kian bertambah..hidup ini adalah satu perjuangan..perjuangan untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa berada di atas landasan hidayah dan kebenaran. Manusia sentiasa bertarung dengan nafsu dan iman. Dua unsur ini tetap bersaing dalam jiwa insan dan dengan kekuatan jamaah dan keteguhan akidah juga kemantapan iman dan tarbiah insyaAllah kita akan teguh berdiri di atas jalan dakwah ini biarpun seribu halangan menduga kita. Allah jua sumber kekuatan dan Penolong utama kita.
Sesungguhnya ribat ukhuwah yang dijalinkan atas genggaman akidah islamiah itu sangatlah kemas dan tak mampu dirungkai meskipun kekadang salah faham dan pertengkaran tercetus dek kerana kekhilafan dalam beberapa perkara. Kehidupan ini sememangnya perlu dilalui begitu kerana fitrah manusia itu sendiri tidak mampu bersendirian dan jika mereka bersama satu jamaah sudah tentu perbezaan pandangan,citarasa dan kemahuan antara satu sama lain terjadi. Oleh kerana itu sikap toleransi itulah yang diajar oleh Islam agar kita dapat hidup dengan sejahtera dan harmoni. Inilah fenomena yang dapat ku lihat dan ku kutip sepanjang perjalanan ini. manusia yang mempunyai ragam dan karenah yang pelbagai….
Sedikit nasihat buat diri dan sahabat seperjuangan juga adik-adik yang disayangi sentiasa…


Tuhan pertemukan kita di daerah ini,
Dari pertemuan lahirlah satu kekuatan,
Dari kebersamaan lahir pula persefahaman..
Bersatu hati merancang madah perjuangan,
Mengawal atur langkah pergerakan,
Semua tak lain hanya demi menegakkan kebenaran..
Berdiri di bawah satu panji,
Bergerak sebagai satu jemaah Islam
Saling sama ingat mengingati dan saling melengkapi…
Sesungguhnya nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian…
Namun tautan ukhuwah mampu berdepan dengan sejuta kesulitan…
Yang memberikan suntikan semangat perjuangan..
Alirkan halawatul ukhuwah..
Kesungguhan dalam berjuang melalui robithah hati..

Insan yang ku kasihi…

Jadikanlah dakwah lebih utama selalu..jelmakan setiap sesuatu untuk dakwah..dan lakukanlah setiap perkara kerana dakwah..berkorbanlah pada jalanNya dengan diri,harta, masa dan kerja-kerja kita juga segala sesuatu…nescaya Allah akan memberkati kita..

Salam perjuangan!