Sabtu, 24 April 2010
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG!
Berjuang berjuang
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Berjuang berjuang
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup korbankan
Berjuang berjuang
Engkau ingin jadi pejuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Karenah isteri tidak kau tahan
Rumah tangga lintang pukang
Diri engkau tidak kau tingkatkan
Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Janji kurang engkau kurangkan
Kasih sayang engkau cuaikan
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Ilmu pejuang engkau tinggalkan
Kakasaran dan kekerasan engkau amalkan
Pandangan tidak engkau selaraskan
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang hendak engkau perjuangkan!
Apakah benar engkau berjuang?
Muhasabah bersama…
.: QATRUNNADA :.
Sabtu, 3 April 2010
Hiburan Islamik Pesona Nurani

Nisa' Negeri Terengganu sedang menyusun persiapan untuk mengadakan Pertandingan Suara Nisa' Peringkat Negeri Terengganu, pada 1 Mei 2010 di Dewan TER (Terengganu Equestrian Resort).
Walau bagaimanapun, pihak Nisa' Terengganu masih belum berjaya mengumpul jumlah penajaan yang secukupnya untuk menjayakan program ini.
Kepada anda semua yang bermurah hati untuk menyumbangkan penajaan kepada program ini, sumbangan anda amat dialu-alukan. Anda boleh menghubungi Ketua Nisa' Negeri, Kak Ani, di nombor 013-9815818. Seterusnya, anda boleh depositkan jumlah sumbangan itu ke akaun Bank Islam kami, di atas nama Saudari Rohani Ramli, bernombor 13017020415270, dan sila maklumkan untuk makluman pihak kami.

Selasa, 23 Mac 2010
KITA PEJUANG PAS !
Salam Kamunting,Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.
Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.
Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.
Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.
Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.
Ia bererti anda bukan hanya beriman dengan Islam, bahkan menyiapkan diri sebagai pejuang yang mendukung perjuangan menegakkan ugama Islam di dunia dan kehidupan ini. Itulah matlamat perutusan para anbiya’. Mereka membawa ugama dan memperjuangkannya demi mencapai taqarrub dan keridhanNya.
Islam di dunia ini mesti tegak berdiri ke atas seluruh agama dan ideologi yang lain. Justeru ia menuntut perjuangan dan para pejuangnya.
Menjadi seorang pejuang Islam bukanlah sekadar hanya menjadi seorang muslim biasa. Ia menuntut usaha besar menuju puncak tertinggi. Ia penuh kesukaran dan ia pastinya milik para pejuang yang bersedia menempuh kesukaran dengan jayanya.
Menjadi seorang pejuang bermaksud bersedia patuh kepada peraturan sebagai seorang tentera. Ia menuntut disiplin pada tahap tertinggi. Bagaimana boleh dibayangkan sebuah kemenangan yang dibarisi para tentera yang mempunyai disiplin yang lemah?
Justeru anda tahu bahawa bukanlah senang untuk menegakkan Islam di dunia ini. Menegakkan Islam bererti menundukkan seluruh kekuatan kufur yang merajai dunia hari ini.
Ia menuntut pejuang Islam untuk menguasai banyak perkara dan menggerakkannya dengan penuh disiplin. Pastinya, ia bukan dekat jaraknya, pendek masanya dan mudah caranya.
*****
PAS adalah wadah perjuangan Islam.
PAS adalah wadah perjuangan Islam.
Di dalam PAS, pejuangnya dikaderkan seawalnya. Sebelum mencecah umur suku abad, ahli PAS yang dilatih dan ditarbiyah sebenarnya sudah melalui dan menguasai disiplin seorang pejuang. Apabila dia muncul di medan, sayugianya dia tidak kekok untuk berkenalan dengan selok belok dan ranjau di perjalanan dakwah. Itulah sebaik – baik persediaan untuk anak – anak muda yang berjuang.
Adapun jika seorang pejuang PAS itu terlepas daripada latihan dan tarbiyah di awal umurnya dan hanya bersama PAS selepas berlalu umur mudanya, dia akan tetap melalui perkaderan sebagai pejuang PAS. Ia tentunya tak sama dan dipisahkan oleh jumlah masa yang lebih terhad untuknya. Justeru modul dan disiplinnya adalah berbeza.
Anak muda pejuang adalah lebih berpeluang untuk lebih berjaya. Umur muda tiada galang ganti dengan umur tua.
Tetapi, disiplin adalah disiplin. Ia menuntut itiqamah dan konsistensi.
Saat itu, ia tidak menjamin umur muda berbanding umur tua. Orang lama dan baru adalah sama.
Justeru gejala kegelinciran dan kelayuan melanda tanpa mengenal usia dan tahap. Yang menjadi penyelamat hanyalah kekuatan diri untuk bertahan dan istiqamah dalam perjuangan. Para anak muda sayugia sekali diingatkan dengan fenomena ini agar mereka lebih bersedia untuk menangani ujian yang lebih getir dalam perjuangan. Jika tidak, mereka akan berhadapan kerugianyang tiada galang gantinya. Mereka terlucut gelaran ’al mujahidun’ yang diimpikan setiap muslim yang mencintai al rasul dan perjuangannya.
Beristiqamah dan berdisiplin juga adalah tanggung jawab dan amanah. Keretakan padanya, selain membawa padah pada diri sendiri juga akan menggoncang keutuhan jamaah dan perjuangan. Setiap kita mestilah berusaha mengelak daripada menjadi beban kepada jamaah. Semakin kita berada diatas, semakin besarlah kesan daripada perlakuan dan tindakan kita.
Pemimpin tertinggi mestilah memiliki ciri – ciri pejuang yang lebih bernilai berbanding pemimpin bawahan dan pejuang di bawah.
Secara mudah dan jelas, setiap kita mesti kagum dengan ringkasan yang dilumatkan oleh al ustaz Hasan al Banna di dalam rukun bai’ahnya yang sepuluh. Jika ahli PAS berpegang padanya nescaya parti PAS akan sentiasa unggul dan dihormati pada bila – bila masa.
Saya melihat suasana sukar hari ini banyak berpunca daripada kegagalan kita melumati kembali apa yang telah kita lumati seawal zaman awalan tarbiyah dulu. Kita disibukkan untuk berlumba merungkai bermacam masalah sedang kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah.
Sebuah rumah tangga teguh bahagia kerana ketaatan kepada ketuanya, bukan kerana kegalakan mencari kebebasan bersuara di dalamnya.
Disiplin adalah patuh. Istiqamah adalah cekal.
Ayuh, patuh dan cekal berjuang!
Sumber - http://nikabduh.wordpress.com/
Sabtu, 13 Mac 2010
Bersama Melonjak Kemenangan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pas kawasan Marang kerana berjaya menganjurkan Sambutan Jubli Perak yang telah berakhir semalam. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan suasana cukup meriah dengan beberapa acara dan pertandingan. Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh dato' Presiden cukup menyengat dan membekas di hati..terasa semakin bersemangat untuk meneruskan larian perjuangan yang penuh berliku ini...walaupun sedih tak dapat join sepenuhnya majlis kerana bertembung dengan meeting di kemaman tetapi Alhamdulillah dapatlah jugak singgah seketika menjenguk aksi-aksi muslimat di pentas budaya. Semoga sambutan kali ini mencapai matlamat dalam mengenang jasa-jasa pejuang Islam dan menyubur tautan mahabbah Islamiah jua sebagai motivasi khas bagi pendokong-pendokong gerakan Pas hari ini dan akan datang.
Bekerja untuk Islam !!
Isnin, 1 Mac 2010
3 Mac, Turki Menangis! Kenangan Luka Berdarah
Dunia juga tidak dapat mendustakan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin dan pemerintah Mustafa Kamal Ataturk. Dunia melihat persekongkolan antara Mustafa Kamal Atarturk dengan pihak Inggeris dibongkarkan oleh sahabat karibnya, selaku setiausaha peribadinya, Muzhir Mufid Konshuh. Beliau menceritakan tatkala dia diminta untuk menulis perancangan rahsia setelah berjaya memegang tampuk pemerintahan Turki. Beliau menggerakkan pena menulis;Pertama, :menjadikan sistem dasar pemerintahan nanti adalah sistem Republik.
Kedua, :hak dan kemudahan sultan beserta keluarganya akan dihapuskan apabila tepat pada masanya.
Ketiga, : mengharamkan hijab dari wanita.
Keempat, : topi tarbus tidak boleh dikenakan dan akan memakai topi seperti bangsa yang maju...Mendengar perancangan ini, pena yang dipegang Muzhir jatuh tanpa disedari. Namun Mustafa Kamal menyuruhnya meneruskan menulis lagi...Beliau akur.
Kelima, : menukar huruf latin dan menghapuskan huruf Arab...
Akhirnya Muzhir menyatakan, “Cukuplah wahai Basya, cukup!”
Tanggal 21 November 1922 di Muktamar Luzan ke-2 yang dihadiri antara wakil Mustafha Kamal Ataturk iaitu Esmut Inono dengan wakil Negara-negara bersekutu iaitu Lord Qiruzon juga memegang jawatan sebagai Menteri Luar Britian. Mereka memutuskan perancangan sulit iaitu:
1) Mustafa Kamal Attaturk hendaklah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Turki dari Agama Islam.
2) Menghapuskan jawatan khalifah
3) Menghapuskan saki baki pejuang Islam dan menghalau mereka keluar dari Turki.
4) Menggantikan gaya hidup islam timur dengan gaya hidup barat yang tiada ikatan agama dan memusuhi islam.

Bagaimana mereka menjayakan usaha jahat mereka ini? Perancangan rapi dan pelaksaan yang mantap menjadi faktor kejayaan mereka meruntuhkan Islam. Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam mendedahkan konspirasi mereka ini:
ü Mewajibkan rakyat turki memakai topi, padahal pada masa itu topi adalah simbol kekafiran pada pandangan bangsa Turki Muslim. Mereka yang menolak memakai topi, akan digantung di lapangan tersebut.
ü Menghapuskan huruf Arab, dan memaksa mereka menulis dengan huruf Latin. Cara tersebut bertujuan memisahkan bangsa turki secara total dari agama dan warisan mereka. Mereka yang tidak dapat menguasai huruf Latin dengan baik akan dinafikan dari mendapat pekerjaan, kewarganegaraan ditarik dan pengusiran dari tanah air atau dipenjarakan.
ü Melarang poligami dan memutuskan persamaan antara lelaki dan wanita dalam semua hak dan kewajipannya, membangun sekolah kejuruan bagi pemuda-pemudi, membangun sekolah yang mengajarkan tarian timur dan tarian barat, melarang hijab, mengeluarkan wanita dari rumah untuk memegang jabatan kerajaan, membangun teater dan panggung wayang serta mendorong rakyatnya untuk mengadakan pesta tarian.
ü Mengubah dua buah masjid agung iaitu Aya Sofiya dan Masjid al-Fatih menjadi muzium.
ü Membangun ladang contoh untuk memelihara lembu dan babi, yang bermaksud untuk menentang semua nilai Islam yang luhur.
ü Mendirikan patungnya disetiap tempat.
ü Memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca al-Quran al-Karim dengan Bahasa Turki bukan dengan bahasa Arab. Pernah suatu ketika Mustafa Kamal mendengar azan Subuh dalam Bahasa Arab dari masjid berdekatan dengan istananya, lantas dia memerintahkan supaya masjid tersebut dirobohkan.
ü Memasukkan kalendar barat untuk menggantikan kalendar Hijriyyah.
ü Menghapuskan sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha
ü Menetapkan hari ahad sebagai hari cuti mingguan sebagai ganti hari Jumaat.
ü Melarang kaum muslimin Turki mengerjakan ibadah haji dan melarang kaum wanita memakai hijab.
Akhirnya detik 3 Mac 1924 menjadi satu detik malapetaka bagi seluruh umat Islam. Ya, seluruh umat Islam! Detik ini secara rasminya Mustafa Kamal Attaturk menghapuskan Khalifah Islamiah. Detik mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan Negara. Detik mahkamah-mahkamah syariat ditutup. Detik Jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf dihapuskan. Detik keluarga khalifah Abdul Majid ke-2 serta semua ahli keluarganya dihalau dari Negara Turki. Detik inilah maruah Islam diganyang tanpa erti kemanusiaan. Detik inilah...

Namun, walaupun pelbagai usaha dan tipu daya untuk memadamkan cahaya Islam yang bersinar, ternyata usaha mereka gagal. Malah cubaan untuk menukar negara Islam Turki kepada Negara Sekular Turki mendapat tohmahan dari Parlimen Jerman; “Turki lebih kepada peradaban yang bukan peradaban kita!” Demikian juga kenyataan oleh penulis wanita Turki; “Kita pernah menjadi negara terdepan di timur, kemudian kita menjadi negara yang paling terakhir di barat!”. Natijahnya Turki menjadi seperti kisah burung gagak yang hendak meniru burung rajawali, ia gagal menjadi burung rajawali dan tidak layak untuk kembali menjadi burung gagak!Walaupun Islam dan umat Islam gagal mempertahankan Khalifah Islam Uthmaniah, namun usaha untuk mengembalikannya terus berjalan. Pengakuan Akhbar Perancis ‘Le Monde Diplomatique’ edisi 18 Januari 1983 yang mengutip dari majalah ‘Ar-Raid’ yang diterbitkan di Jerman menyatakan, “Sekalipun Islam memang tersigkir dari pemerintahan, namun ia tidak pernah tersingkir dihati mereka. Pertubuhan Islam dan pendidikan agama tetap berjalan bahkan mendapat pendokong yang baru. Semangat masyarakat Turki untuk mempertahankan symbol-simbol islam tetap kuat. Tidak sahaja mereka kembali kepada kelompok (tarikat) Naqsyabandiah, Qadiriah dan lain-lainnya kerana pemerintahan memusuhinya sehingga ia kembali kepada kelompok itu. Lebih dari itu, mereka menolak setiap ajaran dan pandangan yang bertentangan dengan Islam dan kembali kepada kebimbangan rosaknya peradaban Turki ditengah-tengah perkembangan gaya hidup barat”.salam perjuangan...kembalikan islam yang telah hilang. ia terpikul atas bahu kita semua...teruskan perjuangan...ISLAM PASTI MENANG!
sumber : http://solleh-alfatimi.blogspot.com/
Jumaat, 26 Februari 2010
Air Mata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam",kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tuturFatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapanAllah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu"."Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?",
tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,
wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:"Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku,
hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii? " - "Umatku,umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat
maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai
maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai
SALAM MAULIDUR RASUL...
Langgan:
Catatan (Atom)